Artikel Terkini

ASB Bagi Pengagihan Pendapatan 5.5% Bagi Tahun 2019


Alhamdulillah, Tan Sri Dr Zeti Aziz selaku Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) baru saja mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.5% untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2019 iaitu:

5 sen pengagihan pendapatan seunit + 0.5 sen bonus seunit

Para pelabur tetap TAK RUGI walau untung berkurang berbanding tahun lepas serta tahun-tahun sebelum ini (paling rendah dalam sejarah).

Ianya melibatkan sejumlah RM9 bilion bagi para pelabur.

OK lah tu kan? Kalau dilihat kepada prestasi beberapa tahun kebelakangan ini:

Dan baru-baru ini, pihak Permodalan Nasional Berhad telah mengadakan program bertajuk ‘Bicara Santai PNB’ yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Pada program tersebut, Encik Jalil Rasheed selaku CEO Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baru memegang jawatan selama dua bulan; berada di atas pentas bagi menceritakan keadaan semasa ekonomi secara keseluruhannya dan dana-dana yang diurus PNB termasuklah ASB secara khususnya.

Menurut Encik Jalil, PNB mempunyai beberapa kekangan dalam memastikan pengagihan pendapatan berterusan tinggi setiap tahun.

1. Dana Di Bawah PNB Sudah Menjadi Terlalu Besar

Jadi agak mustahil untuk meraih pulangan yang tinggi seperti sebelum ini. Kalau nak tahu, dulu dana PNB masa 1997 hanyalah RM30 bilion, dan mungkin mudah untuk mendapat pulangan lebih daripada 10% ketika itu.

Namun kini, dana yang diurus PNB adalah RM310 bilion, jadi kalau nak bagi agihan pendapatan 10% dah berjumlah RM31 bilion.

Malangnya pasaran saham Bursa Malaysia kita tak berkembang dengan pace yang sama.

2. Pengagihan Pendapatan Diambil Daripada Keuntungan Yang Direalisasikan

Analogi mudah, kita beli rumah berharga RM1 juta pada tahun 2014. Lima tahun kemudian, harga rumah telah meningkat kepada RM1.3 juta, iaitu kenaikan sebanyak 30%. Namun jumlah RM300,000 tersebut adalah di ‘atas kertas’, untuk realisasikan keuntungan sebanyak itu – kita perlu jual rumah tersebut terlebih dahulu.

Begitu juga halnya dengan PNB. Untuk bagi pengagihan pendapatan RM31 bilion (10% daripada jumlah dana), mereka perlu menjana keuntungan sebanyak itu dengan menjual pegangan yang dimiliki.

3. Harga ASB Fixed Seringgit

Salah satu daya tarikan untuk kita melabur ke dalam ASB adalah ianya telah ditetapkan pada harga RM1. Kita beli tahun 10 tahun lepas pun singgit, kita beli tahun ni pun singgit.

Kalau dibandingkan dengan unit trust lain, ianya turun naik mengikut pasaran. Bila demand tinggi, harga naik; bila demand kurang, harga turun.

Strategi paling terkenal yang digunapakai untuk melabur bila harga turun dan naik adalah Dollar Cost Averaging. Sepatutnya bila harga rendah atau di paras diskaun, pada ketika itulah kita menambah bilangan unit dengan memborong sakan, kerana harga akan naik pada masa depan.

Kelebihan inilah yang juga merupakan kekangan bagi PNB, kerana merekalah yang absorb sebarang pergerakan harga turun naik dan terpaksa menanggung risiko tersebut.

4. Pasaran Saham Tempatan Yang Lemah

Umum tahu, sejak tahun 2018 Bursa Malaysia menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Dan 70% daripada pelaburan PNB adalah di dalam Malaysia.

Sebenarnya pihak PNB telah pun mengorak langkah untuk melabur ke luar negara untuk mencari peluang baru, namun jumlah dana adalah agak terhad. Ini kerana mereka berhadapan dengan risiko yang lebih besar, seperti tukaran mata wang asing, masalah komunikasi dan banyak lagi.

Untuk mengatasi masalah ini, PNB akan meningkatkan governance syarikat yang dimiliki mereka dalam Bursa Malaysia dan juga meningkatkan jumlah pelaburan di luar negara.

Tak Puas Hati Dengan Pengagihan Pendapatan Ini?

Secara ringkasnya, ASB melabur dalam pasaran saham di Malaysia, yang juga dikenali sebagai Bursa Malaysia. Di sinilah ASB memperolehi keuntungan yang besar, sehingga mampu memberikan pengagihan pendapatan kepada para pelabur ASB. Oh ya, ASB juga melabur dalam pasaran hartanah dan bon.

Secara tidak langsung bermakna, jika anda mahukan keuntungan yang lebih tinggi daripada apa yang ASB tawarkan setiap tahun – belajarlah ilmu pelaburan saham. Tempat yang terbaik untuk bermula, adalah dengan membaca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.



Source link