Uncategorized

Astro GO pilihan perkhidmatan penstriman video paling popular di Malaysia


KUALA LUMPUR: Astro GO mendahului senarai perkhidmatan penstriman video berbayar paling popular di Malaysia, menurut kaji selidik Financial Times Confidential Research.

Responden telah ditanya “apakah perkhidmatan penstriman video berbayar yang paling kerap anda gunakan?” sepanjang kaji selidik tersebut dan Astro, sebuah jenama tempatan muncul sebagai pilihan popular sekali gus mengatasi Netflix, Google Play dan Unifi TV.

Astro memiliki 77 peratus pegangan pasaran dalam siaran televisyen berbayar di Malaysia, dan perkhidmatan penstriman Astro, Astro GO boleh didapatkan oleh semua pelanggan Astro bagi membolehkan mereka mengakses kandungan berdasarkan langganan mereka.

Aplikasi Astro GO mencatatkan sejumlah 2.2 juta pengguna berdaftar dengan purata waktu tontonan selama 149 minit seminggu.

Dengan Astro GO, pelanggan boleh membuka arkib On Demand yang menawarkan 48,000 judul termasuk judul kandungan semasa dari Hollywood, Korea, Jepun, China, Hong Kong, India, kandungan sukan premium, filem-filem blockbuster, program kanak-kanak dan program-program vernakular tempatan yang popular pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menerusi peranti pilihan mereka.

Sebagai tambahan, pelanggan Movie Pack juga boleh mengakses kesemua 3,000 jam kandungan di HBO GO, yang membawakan kepada mereka kandungan HBO Original seperti Game of Thrones, Big Little Lies, Chernobyl dan The Handmaid Tale, selain blockbuster Holywood dan program kanak-kanak kegemaran.

Para pelanggan Astro boleh mengakses applikasi Astro GO yang boleh dimuat turun bagi peranti Android dan iOS, ataupun melayari www.astrogo.com.my





Source link