Artikel Terkini

Atur Barangan Dapur Guna Rak Kasut, Idea Wanita Ini Praktikal Dan Jimat!


Aturan dan organisasi di dapur merupakan slah satu hal yang paling rumit jika nak dibandingkan dengan kawasan yang lain. Manakan tidak, dalam ruang yang terhad itu, segala periuk belanga, senduk, pinggan dan mangkuk nak disumbat. Belum lagi termasuk bahan-bahan masakan serta peralatan elektrik yang lain. Memang jenuh nak mengemasnya..

Ketika mengemas dapurnyabaru-baru ini, saudari Lia Johari telah menemui solusi mudah untuk pastikan bahagian bawah sinkinya sentiasa kemas dan barangan mudah dicapai. Mari ikuti perkongsian beliau..

“Akhirnya selesai hari ini declutter bahagian dalam kabinet bawah sinki. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh.
Di sebabkan bahagian dalam kabinet takde rak atau laci. So saya mencari² cara yang sesuai dan jimat kos untuk susun atur.

Bahagian lantai kabinet hanya simen. Takde tiles,rimas duk keluar habuk simen tu..so saya letak tikar getah.
Untuk susun periuk belanga saya guna wooden shoes rack. Saya juga banyak gunakan storage box untuk simpan item jarang guna bagi elak habuk dan risau di jilat si cicak durjana.”



Source link