Uncategorized

Avengers: Endgame Melonjakkan Saham Disney Ke Paras All-Time High

Avengers: Endgame Melonjakkan Saham Disney Ke Paras All-Time High 1


Walt Disney Co. mengumumkan pembelian Marvel Entertainment dan semua aset komiknya pada tahun 2009 dengan harga RM16 Billion. Ketika itu, Disney dihujani kritikan tentang kemampuan syarikat itu dan ramai bimbang Disney bakal menghancurkan watak-watak hebat Marvel seperti Iron Man dan The Avengers.

Disney juga mendapat kritikan daripada penganalisis pasaran yang bimbang dengan harga pembelian tersebut yang dikatakan terlalu tinggi.

Wajarkah RM16 Bilion Untuk Beli Marvel?

Hari ini, kritikan dan kebimbangan itu telah terjawab selepas 10 tahun pengambil alihan Marvel Entertainment. Majoriti penganalisis pasaran di Wall Street  berpendapat pengambil alihan ini adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney, Bob Iger.

Kenaikan Saham Disney Sejak 10 Tahun Lalu

Avengers: Endgame Melonjakkan Saham Disney Ke Paras All-Time High 2
Tren Kenaikan Saham Disney Sejak Tahun 2009. Sumber: Investing.com

Jika dilihat kepada carta pergerakan harga saham Disney sejak 10 tahun yang lalu, anda pasti melihat pembelian Marvel Entertainment telah membawa banyak perbezaan positif kepada Disney. Pada ketika pengumuman pengambil alihan tersebut, ramai penganalisis pasaran yang meragui prestasi saham Disney dan ternyata mereka silap kerana Disney tidak lagi menoleh ke belakang sejak itu.

Harga saham Disney hanya berada di sekitar RM104 seunit sebelum pengambil alihan Marvel pada 2009, dan hari ini harga saham berada di paras RM544 setakat pada Jumaat (26 April 2019).

Avengers: Endgame Melonjakkan Saham Disney Ke Paras All-Time High 3

Sudah tentu banyak faktor kepada kenaikan ini kerana Disney mempunyai beberapa cabang perniagaan yang lain termasuk, ESPN, Pixar, dan taman tema. Tetapi Marvel memainkan peranan yang besar kepada lonjakan pendapatan sejak sedekad yang lalu.

Tahun 2015 sahaja, Disney merekodkan pendapatan lebih daripada RM32 Billion dari filem dan siri TV berkaitan Marvel. Sejak daripada itu, pendapatan meningkat saban tahun dan Marvel adalah di antara penyumbang terbesar kepada Walt Disney Co.

Filem The Avengers (2012) yang dihasilkan dengan kos RM880 juta mengaut pendapatan RM6 Bilion hasil daripada jualan tiket di seluruh dunia. Avengers: Age of Ultron (2015) pula dengan kos RM1 Billion menjana pulangan berjumlah RM4.6 Billion dan  Avengers: Infinity War (2018) dengan kos pembikinan RM1.2 Billion pula menghasilkan pendapatan jauh lebih besar dengan RM8.1 Billion.

Avengers: Endgame Benar-Benar Melonjakkan Saham Disney

Avengers: Endgame Melonjakkan Saham Disney Ke Paras All-Time High 4

April adalah bulan yang terbaik bagi saham syarikat Disney dengan jualan awal tiket Avengers: Endgame telah bermula sejak awal bulan ini. Prestasi saham Disney juga merekodkan kenaikan tertinggi pada April dengan lonjakan hampir 20% dari US$110 (RM440) pada Mac 2019 kepada RM544 setakat ini.

Filem Avengers: Endgame diramalkan mampu meraih jualan tiket sehingga AS$1 bilion (RM4.1 bilion) di seluruh dunia dalam tempoh kurang dari seminggu sejak ia ditayangkan.

Portal berita Hollywood Reporter melaporkan, setakat pada 25 April 2019 jualan tiket sudah melebihi AS$850 juta (RM3,515 juta) dan semakin menghampiri angka AS$900 juta (RM3,722).

Jumlah itu dijangka terus bertambah apabila kira-kira 4,600 panggung wayang di seluruh Amerika Utara bakal menayangkan filem tersebut pada baki minggu ini.

Media antarabangsa juga melaporkan filem berkenaan mencatatkan kutipan hari pertama luar biasa di pasaran filem kedua terbesar di dunia, China.

End Game dilaporkan berjaya mengutip sekitar USD 107.2 juta (RM 443.33 juta). Kutipan terbaik hari pertama yang dicatatkan di China sebelum ini adalah melalui filem The Fate of the Furious pada 2017 dengan kutipan sebanyak USD 69 juta (RM 285.35 juta).

Penganalisis berkata Avengers: Endgame berada di landasan yang tepat untuk menjadi sebuah filem box-office dengan pendapatan paling tinggi dalam sejarah perfileman dunia, mengalahkan rekod yang dicatatkan oleh francais sama Avengers: Infinity War.

Sama ada Disney dapat mengembangkan lagi kejayaannya bersama Marvel, ia masih menjadi persoalan. Industri televisyen dan perfileman banyak dipandu oleh populariti dan jika Disney tersilap langkah, ia bakal kehilangan potensi nilai masa hadapan francais Marvel dan karakter-karakter yang lain. Sekurang-kurangnya, buat masa ini francais Marvel masih lagi menjadi kegemaran penonton di seluruh dunia..

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

*Tapi saham Walt Disney ini tak patuh syariah ya. Kini ada Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global.

Avengers: Endgame Melonjakkan Saham Disney Ke Paras All-Time High 5

Komen

komen





Source link