Uncategorized

#AWANITA: Pertingkat apresiasi terhadap wanita dalam bidang kesihatan – Leena

#AWANITA: Pertingkat apresiasi terhadap wanita dalam bidang kesihatan - Leena 1



#AWANITA: Pertingkat apresiasi terhadap wanita dalam bidang kesihatan - Leena 2

KUALA LUMPUR: Golongan wanita merupakan penyumbang utama dalam bidang perubatan dan kesihatan, sayangnya penghargaan terhadap sumbangan mereka masih tidak signifikan.

Bukan sahaja sumbangan golongan profesional, malah layanan pilih kasih dilihat masih wujud apabila membabitkan rawatan perubatan terhadap wanita.

Sudah tiba masanya situasi itu diubah, dengan usaha membantu wanita menangani masalah kesihatan di peringkat awal perlu dipertingkatkan.

“Golongan jururawat memainkan peranan yang sangat besar tetapi golongan ini adalah hero yang tidak didendang dalam bidang penjagaan kesihatan awam. Dan kita tahu majoriti jururawat adalah dalam kalangan wanita tetapi amat jarang kita melihat mereka diberi penghargaan.

“Kita perlu melibatkan wanita dalam proses penyelidikan, bukan sahaja untuk melihat bagaimana tubuh badan mereka memberi reaksi terhadap satu-satu penyakit dan ubatnya, tetapi kita juga memerlukan cara yang lebih baik untuk penyakit yang membabitkan wanita.

“Sebagai contoh, kanser serviks. Kita memerlukan alat pemeriksaan yang lebih baik, supaya mereka boleh dapat rawatan lebih awal. Jadi memang ada pilih kasih dalam bidang sains dan kita perlu menanganinya,” kata Leena Meghaney, seorang peguam antarabangsa.

Pengalaman lebih 10 tahun bergaul dengan anggota masyarakat dari pelbagai latar belakang melalui pembabitannya dalam bidang farmaseutikal di India, Leena berpendapat stigma masyarakat terhadap konsep feminis perlu diubah.

“Ramai menganggap feminism sebagai satu yang negatif. Tetapi saya perlu katakan feminism membantu saya memahami hak saya dengan lebih baik dan menghormati hak orang lain juga.

“Pendedahan kepada feminism dan apa yang saya pelajari, termasuk latihan guaman, membuatkan saya berfikir lebih jauh daripada kebiasaannya, dan pergi lebih jauh daripada yang saya sasarkan,” katanya ketika ditemui di studio Astro AWANI, pada Rabu.

Langkah pertama dalam mencapai tahap kesaksamaan itu, adalah dengan mengenal pasti semua isu yang berbangkit dan tidak menganggapnya sebagai isu terpencil.

“Kita nampak unsur pilih kasih dan kita nampak bagaimana wanita terkesan dengan perkara itu, jadi kita perlu cari penyelesaian sama ada dalam program HIV, hepatitis dan kanser.

“Kita perlu sedar yang wanita dipinggirkan dan fikirkan cara bagaimana untuk mengatasi isu ini,” tegasnya.





Source link