Uncategorized

AXA Bekerjasama Dengan Blueduck Untuk Memberikan Ketenangan Fikiran Kepada Pemilik & Penyewa Rumah

AXA Bekerjasama Dengan Blueduck Untuk Memberikan Ketenangan Fikiran Kepada Pemilik & Penyewa Rumah 1


AXA Bekerjasama Dengan Blueduck Untuk Memberikan Ketenangan Fikiran Kepada Pemilik & Penyewa Rumah 2

(dari kiri) Soo Wai Har, Ketua Pegawai Bahagian Komersil AXA dengan Earnest Wong, Ketua Pegawai Eksekutif BlueDuck.

AXA Affin
General Insurance Berhad (AXA) berganding bahu dengan BlueDuck, sebuah platform
penyelesaian sewa rumah sehenti untuk pemilik dan penyewa rumah dengan
menawarkan perlindungan yang disesuaikan khas untuk rumah serta kandungan berharga.

Kerjasama ini amat
bermanfaat kepada pemilik dan penyewa rumah yang melanggan kepada
BlueDuck kerana mereka dapat melindungi rumah dan barang-barang berharga
mereka.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen AXA untuk mencapai strategi Payer-to-Partner dengan meneruskan pelaburannya dalam
kerjasama strategik dan memperluaskan saluran pengedaran digitalnya dalam usaha
untuk memberikan pengalaman pelanggan yang bertaraf tinggi.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua
Pegawai Eksekutif AXA, “Rumah kita adalah salah satu pelaburan terbesar
dalam kehidupan – sebarang kerugian atau kerosakan berkemungkinan besar akan
membebankan kita dari segi kewangan dan emosi. Sebagai syarikat insurans, kami
percaya kami mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan yang aktif dalam
mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pengurangan risiko dan perlindungan
insurans dalam semua keadaan yang berbeza. Dengan menggabungkan kepakaran kami
dan proposisi BlueDuck yang kukuh, sinergi kami akan menyediakan ekosistem
dalam talian yang cekap untuk pemilik dan penyewa rumah yang menawarkan
penyelesaian perlindungan rumah komprehensif yang mampu dimiliki dan boleh
diakses dengan mudah di mana sahaja dan pada bila-bila masa.”

BlueDuck kini menyediakan perkhidmatan
berkaitan rumah kepada tuan rumah serta bakal penyewa. Tuan rumah yang
menyenaraikan hartanah mereka di platform ini akan mendapat akses kepada para penyewa dan skor
kredit mereka untuk mengenal pasti pembayar sewa yang baik. Ia juga menawarkan
pengurusan sewa yang lengkap serta mudah tanpa kesulitan, daripada mengutip sewa,
mengendalikan permintaan penyelenggaraan penyewa dan menyediakan sistem
pengurusan dalam talian yang membolehkan tuan rumah untuk melihat semua
maklumat pada suatu masa.

“BlueDuck memainkan
peranan sebagai pelayan peribadi untuk hartanah anda – kami menguruskan semua kesulitan dari awal
hingga akhir supaya pemilik dan penyewa rumah tidak perlu bimbang tentang apa-apa
pun. Kami berbesar hati untuk berkongsi matlamat bersama dengan AXA dalam
menawarkan pengalaman sewa rumah yang lancar melebihi keperluan pelanggan kami
dan yang paling penting, untuk
memberikan mereka nilai dan perlindungan tambahan,” kata Earnest Wong,
Ketua Pegawai Eksekutif BlueDuck.

Ahli BlueDuck layak untuk menerima perlindungan AXA SmartHome
Optimum (Enhanced)
selama 1 tahun, termasuk jumlah yang diinsuranskan
sebanyak RM10,000 untuk kandungan rumah dan RM130,000 untuk insurans kebakaran.
Kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran akan dilindungi oleh insurans
kebakaran manakala kerosakan perabot dilindungi oleh insurans kandungan rumah.

AXA Bekerjasama Dengan Blueduck Untuk Memberikan Ketenangan Fikiran Kepada Pemilik & Penyewa Rumah 3

AXA Bekerjasama Dengan Blueduck Untuk Memberikan Ketenangan Fikiran Kepada Pemilik & Penyewa Rumah 4

Komen

komen





Source link