Uncategorized

AXA Bekerjasama Dengan Hap Seng Trucks Dan Hap Seng Credit Dalam Pelancaran Insurans & Pembiayaan Kewangan Kenderaan Komersial Telematik Pertama Di Malaysia

AXA Bekerjasama Dengan Hap Seng Trucks Dan Hap Seng Credit Dalam Pelancaran Insurans & Pembiayaan Kewangan Kenderaan Komersial Telematik Pertama Di Malaysia 1


AXA Bekerjasama Dengan Hap Seng Trucks Dan Hap Seng Credit Dalam Pelancaran Insurans & Pembiayaan Kewangan Kenderaan Komersial Telematik Pertama Di Malaysia 2

(Dari kiri ke kanan) Jacky Tan, Pengurus FUSO Operations, Hap Seng Trucks Distribution Sdn. Bhd., Puan Chen Keck, Ketua Eksekutif Hap Seng Credit Sdn. Bhd., Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN General Insurance Berhad dan Roland Schneider, Ketua Eksekutif Hap Seng Trucks Distribution Sdn. Bhd.di Majlis Menandatangani Perjanjian FUSO Ez-Own dan AXA FlexiTruck.

AXA
AFFIN General Insurance Berhad (AXA) terus mengembangkan strategi Payer-to-Partner melalui kerjasama
strategiknya dengan Hap Seng Trucks Distribution Sdn. Bhd. (HSTD) dan Hap Seng
Credit Sdn. Bhd. (HSC). Inisiatif kerjasama ini bertujuan untuk memperkenalkan AXA FlexiTruck sebagai insurans kenderaan komersial telematik pertama
di Malaysia
untuk memupuk tabiat pemanduan berhemah di kalangan pemandu trak tugasan ringan FUSO dan
membantu mereka memahami tabiat memandu yang
prihatin melalui pemasangan peranti keselamatan telematik.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA,
“Dengan penggunaan pengangkutan kenderaan komersial di Malaysia yang kian
meningkat, kadar kemalangan yang melibatkan kenderaan komersial semakin tinggi.
Sebagai syarikat
insurans, adalah penting bagi kami untuk memupuk
tabiat
memandu yang bertanggungjawab di kalangan
pengguna jalan raya termasuklah pemandu trak tugasan ringan demi mengurangkan
kadar kemalangan dan kematian di jalan raya. Bekerjasama dengan Hap Seng Trucks
Distribution, kami komited untuk menyampaikan matlamat kami untuk memberikan
nilai dan perlindungan tambahan kepada pelanggan, di samping menjadikan jalan
raya kita lebih selamat untuk semua pengguna.”

Berdasarkan
impak positif insurans motor telematik AXA FlexiDrive, AXA FlexiTruck ditaja jamin oleh AXA untuk menawarkan perlindungan
komprehensif kepada pemandu trak tugasan ringan dengan manfaat seperti harga
insurans motor khas, tuntutan lebih rendah sebanyak RM500 bagi setiap tuntutan
dan perlindungan Kemalangan Diri bernilai RM50,000.

Melalui usahasama dengan HSTD, AXA FlexiTruck
akan dipromosikan di rangkaian cawangan
jualan HSTD FUSO dan pejabat HSC di seluruh negara, dan semua trak Mitsubishi
Fuso Canter yang dijual akan dipasang dengan peranti telematik yang menyediakan
keupayaan berikut:

(i) Perkhidmatan telematik kenderaan: Pemandu trak dapat memperoleh
data berguna tentang penggunaan kenderaan, jarak pemanduan dan tingkah laku pemandu mereka
melalui aplikasi mudah alih berdasarkan perjalanan.

(ii) Bantuan amaran dan
kemalangan automatik
: Sekiranya berlaku
kemalangan, amaran akan dicetuskan secara automatik dan bantuan perubatan
kecemasan akan dihantar ke lokasi kemalangan.

(iii) Pengawasan kenderaan 24/7 & pemulihan
kenderaan akibat kecurian
: Pemandu trak akan menerima amaran pada masa sebenar sekiranya berlaku
kecurian dan polis akan dimaklumkan untuk mencari semula kenderaan yang dicuri.

Di samping itu, AXA FlexiTruck akan dibiayai oleh HSC di bawah FUSO
Ez-Own
program pembiayaan telematik pertama di Malaysia. Pembeli
trak FUSO hanya perlu membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM100 bagi pinjaman
sewa beli kenderaan yang meliputi premium insurans motor selama tempoh 5 tahun.
Premium insurans motor yang tidak digunakan, jika ada, akan dikembalikan kepada
pembeli pada akhir tempoh pinjaman.

Menurut Roland Schneider, Ketua
Eksekutif HSTD, skim pembiayaan itu bertujuan untuk menawarkan penyelesaian
perlindungan yang mudah dan berpatutan kepada pemandu trak FUSO.

“Pemandu
trak di Malaysia adalah di kalangan pemandu yang paling terlatih dan
berkemahiran tinggi, tetapi mereka tidak mendapat perlindungan yang mencukupi
kerana kekurangan kesedaran dan akses kepada penyelesaian perlindungan yang
berpatutan. Kerjasama kami dengan AXA berkait kembali kepada misi kami untuk
memanfaatkan tawaran produk yang inovatif untuk keperluan pemandu, sambil
memberi mereka ketenangan fikiran semasa memandu di jalan raya,” kata
Roland.

AXA Bekerjasama Dengan Hap Seng Trucks Dan Hap Seng Credit Dalam Pelancaran Insurans & Pembiayaan Kewangan Kenderaan Komersial Telematik Pertama Di Malaysia 3

AXA Bekerjasama Dengan Hap Seng Trucks Dan Hap Seng Credit Dalam Pelancaran Insurans & Pembiayaan Kewangan Kenderaan Komersial Telematik Pertama Di Malaysia 4

Komen

komen





Source link