Artikel Terkini

AXA Dinamakan Sebagai Majikan Pilihan


En. Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Pegawai Sumber Manusia AXA, telah menerima anugerah HR Asia Majikan Terbaik untuk Bekerja di Asia 2019 untuk tahun ke-3 berturut-turut. Anugerah ini memantapkan kedudukan Syarikat ini sebagai salah satu syarikat yang paling berinspirasi dan diingini untuk bekerja di bawahnya bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di Asia.

AXA Affin
General Insurance Berhad (AXA) mengakhiri tahun ini dengan menerima 2 anugerah berprestij  — Anugerah Grand untuk Majikan Pilihan dan Anugerah Emas untuk
Majikan Pilihan (Sektor Swasta)
di Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2019 yang ke-19 (Anugerah MIHRM). Upacara ini
telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada
29 November 2019.

Pada awal
bulan ini, AXA telah dinobatkan sebagai HR Asia Majikan Terbaik untuk Bekerja
di Asia 2019
untuk tahun ke-3 berturut-turut, sekaligus memantapkan
kedudukan Syarikat ini sebagai salah satu syarikat yang
paling berinspirasi dan diingini untuk bekerja di bawahnya bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di
Asia.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA menerima Anugerah Grand untuk Majikan Pilihan dan Anugerah Emas untuk Majikan Pilihan (Sektor Swasta) di Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2019 ke-19 (Anugerah MIHRM) yang telah diadakan di Istana Hotel, Kuala Lumpur pada 29 November 2019. AXA diiktiraf atas usaha untuk mendorong amalan yang inovatif dalam perjalanan transformasi HR mereka sambil menyokong kakitangannya untuk mencapai potensi mereka.

Dianjurkan oleh Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia dengan kerjasama Institut Sumber Manusia Antarabangsa sejak tahun 1999, Anugerah MIHRM ialah acara tahunan yang menjadi rebutan majikan di peringkat kebangsaan.  Ia juga diiktiraf di peringkat global sebagai penanda aras yang diiktiraf bagi syarikat-syarikat dengan amalan HR yang cemerlang yang mendorong perkembangan organisasi dan transformasi tenaga kerja.

Emmanuel
Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, berkata Syarikat ini amat berbesar hati atas pengiktirafan untuk inisiatif transformasi HR mereka sekaligus berusaha untuk menuju ke arah pelan
strategik 2020 bagi menyokong pertumbuhan syarikat yang
berterusan.

“Resipi
kejayaan kami terletak pada budaya dan DNA Syarikat kami – kami komited untuk
membina budaya pembaharuan dalam usaha kami untuk mengalih peranan pelanggan
kami daripada pembayar menjadi rakan kongsi.
Kakitangan kami adalah aset kami yang paling berharga kerana mereka memacu
perjalanan transformasi kami, oleh itu kami percaya betapa pentingnya untuk
kami melabur dan membina keupayaan dalam tenaga kerja kami bagi membangunkan
pertumbuhan peribadi dan profesional mereka, serta memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan kami,” kata Emmanuel.

Sepanjang
tahun ini, AXA telah mengambil langkah berani untuk merevolusikan amalan HR
mereka. Beberapa inisiatif yang menonjol dalam perjalanan digitalisasinya
termasuk memperkenalkan Automasi Proses Robotik untuk mereka semula proses HR yang memerlukan tenaga kerja
intensif dan melancarkan program AXAPRENEUR kepada kakitangannya untuk
melaksanakan projek-projek canggih yang telah menghasilkan nilai inovasi
berjumlah RM8.3 juta. Syarikat ini juga telah
banyak melabur dalam program Pembelajaran dan Pembangunan dan bekerjasama
dengan platform pembelajaran atas talian bagi menggalakkan pekerja untuk
memperkasakan pembelajaran mereka sendiri.

AXA yakin
bahawa pengalaman pekerja yang positif adalah amat penting untuk kejayaannya.
Oleh itu, mereka telah memperkenalkan AXA Well – program kesejahteraan holistik
dan berstruktur yang memberi tumpuan kepada 6 tunggak kesejahteraan (fizikal,
masyarakat, kewangan, sosial/keluarga, kesedaran dan hubungan sesama sendiri)
untuk mempromosikan integrasi kerja dan kehidupan.

Komen

komen





Source link