Uncategorized

AXA Melancarkan SME Challenge Untuk Memperkasakan PKS Agar Mengambil Kawalan


AXA Affin General Insurance Berhad telah melancarkan AXA #TakeControl SME Challenge 2019 di SME Corporation Malaysia, Kuala Lumpur pada 9 Julai 2019. Acara itu dihadiri oleh (dari kini – kanan): YBrs.Dr. Anis Mahmud – Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Kementerian Pembangunan Usahawan; Emmanuel Nivet – Ketua Pegawai Eksekutif AXA; YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof – Menteri Pembangunan Usahawan; Encik Noor Azmi Mat Said – Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia dan Wayne Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia SME Media Group.

AXA
Affin General Insurance Berhad (AXA) telah melancarkan AXA
#TakeControl SME Challenge 2019
di SME
Corporation Malaysia, Kuala Lumpur pada 9 Julai 2019. Acara itu dihadiri oleh Menteri
Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Ketua Pegawai
Eksekutif SME Corporation Malaysia, Encik Noor Azmi Mat Said.

AXA #TakeControl SME Challenge 2019 dilancarkan di seluruh
negara untuk memilih 3 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang paling
bercita-cita tinggi dengan kemahiran, pembiayaan dan pengetahuan untuk
melonjakkan perniagaan mereka dan mengembangkan rangkaian mereka.

“Kami percaya
bahawa PKS adalah sebahagian penting daripada ekonomi negara dan kami mahu
memainkan peranan aktif dalam menyokong mereka sepanjang perjalanan mereka.
Bagi pemilik PKS, perniagaan adalah peribadi—ia adalah kehidupan dan impian
mereka di mana mereka telah melabur masa, wang dan tenaga yang banyak. Dengan AXA #TakeControl SME Challenge 2019,
kami berharap dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri pemilik PKS dan
memperkasakan mereka untuk mengawal masa depan perniagaan mereka tidak kira apa
yang berlaku,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA.

Majlis pelancaran AXA #TakeControl SME Challenge 2019 (dari kini – kanan): Wayne Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia SME Media Group, YBrs.Dr. Anis Mahmud – Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Kementerian Pembangunan Usahawan; Encik Noor Azmi Mat Said – Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia; Emmanuel Nivet – Ketua Pegawai Eksekutif AXA dan YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof – Menteri Pembangunan Usahawan.

AXA #TakeControl SME Challenge 2019 mengalu-alukan semua PKS Malaysia untuk mengemukakan idea perniagaan mereka melalui www.axasme.com, di mana 10 peserta akan disenarai pendek untuk menjalani latihan perniagaan berstruktur. 3 peserta dengan idea terbaik akan dipilih sebagai pemenang oleh panel hakim. Setiap pemenang akan menerima:

  • wang tunai RM20,000,
  • perlindungan AXA Business Advantage Plus (Enhanced)
    1 tahun bernilai RM3,000,
  • liputan media di akhbar Malaysia
    SME bernilai RM 59,000,
  • RM 10,000 mata ganjaran QU
    Exchange,
  • 3 bulan latihan perniagaan
    peribadi oleh iCommunity bernilai RM 13,500 dan
  • RM2,000 Fundaztic Bonus di Fundaztic – platform pembiayaan
    rakan-ke-rakan.

Bersempena
dengan pengenalan AXA #TakeControl SME Challenge 2019 ini,
AXA juga telah menganjurkan AXA
SME Forum 2019: Take Control
yang pertama dengan kerjasama Malaysia SME® Media Group. Acara itu
telah menghimpun lebih 350 pemilik PKS dengan panel penceramah dan pemimpin
perniagaan yang terkemuka seperti Dato’ Chevy Beh, Pengasas BookDoc, Kristine
Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Fundaztic dan Wayne Lim, Ketua Pegawai Eksekutif
Malaysia SME® Media Group dan Pengasas Qu Exchange.

Emmanuel Nivet – Ketua Pegawai Eksekutif AXA memberi ucapan pada pelancaran AXA #TakeControl SME Challenge 2019.

Semasa acara itu, Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, menekankan kepada PKS kepentingan memiliki perlindungan insurans untuk memastikan kemantapan operasi perniagaan, terutamanya dalam menghadapi risiko perniagaan yang semakin meningkat.

“Disebabkan sumber
yang terhad, ramai usahawan menganggap insurans sebagai sesuatu yang tidak
perlu dan cenderung untuk tidak memberi keutamaan kepada perlindungan
sehingga mendedahkan perniagaan mereka terhadap kerugian
kewangan yang timbul akibat insiden yang tidak diingini seperti kebakaran,
banjir atau kecurian. Sebagai sebuah syarikat insurans dengan visi untuk
menjadi rakan pelanggan, kami komited untuk membantu mereka dalam mengurangkan
risiko melalui penyediaan penyelesaian perlindungan perniagaan yang menyeluruh
dan berpatutan,” tambah beliau.

AXA menawarkan AXA Business Advantage Plus (Enhanced), pelan perlindungan perniagaan yang fleksibel kepada PKS dalam pelbagai saiz dan sektor. Ia boleh diubah mengikuti kesesuaian keperluan and bajet PKS. Produk ini juga direka bentuk untuk menyediakan bayaran pendahuluan tunai sebanyak 20% dalam tempoh 5 hari bekerja untuk membantu PKS bangkit kembali dalam perniagaan dengan lebih cepat berikutan peristiwa malang. Penambahan ini meneguhkan usaha AXA yang berterusan untuk memberi kawalan kepada PKS terhadap premium insurans, risiko operasi perniagaan dan pertumbuhan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai AXA Business Advantage Plus (Enhanced), sila layari www.axa.com.my.

Komen

komen





Source link