Uncategorized

AXA Memperkasakan 6,500 Pelari Untuk Menyumbang RM100,000 Kepada 5 Badan Amal


Soo Wai Har, Ketua Pegawai Bahagian Komersil mempersembahkan sumbangan sebanyak RM 100,000 kepada 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan – WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia.

Dengan sokongan yang memberangsangkan dan penyertaan
seramai 6,500 pelari tahun ini, Larian AXA Hearts in Action 2019 (untuk 5 tahun
berturut-turut) berjaya menyumbang sebanyak RM 100,000 kepada 5 pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) iaitu WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah
Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan
Jantung Malaysia.

Tema
tahun ini “Anda Boleh Membuat Perubahan” menyokong objektif AXA untuk
menjadi rakan kongsi
yang sentiasa menyokong rakyat Malaysia untuk berlari demi kesihatan yang lebih
baik, dan pada masa yang sama memperjuangkan tujuan amal yang penting bagi
mereka.

Larian AXA Hearts in Action 2019 (untuk 5 tahun berturut-turut) yang dianjurkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah memperkasakan 6,500 pelari agar mengamalkan gaya hidup aktif serta berlari untuk tujuan amal.

Dalam
usaha untuk memberikan pengalaman larian yang terbaik kepada semua pelari, AXA
buat pertama kalinya memperkenalkan kategori separuh marathon (21km), di
samping kategori 12km, 6km dan larian maya.

Menurut
Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, “Selain menyediakan kategori
yang lebih mencabar kepada pelari, apa yang kekal teguh adalah komitmen kami
untuk membantu membina masyarakat yang lebih mampan.”

Pelari yang mengambil bahagian diperkasakan untuk menyokong tujuan amal dan NGO pilihan mereka dengan memilih daripada 5 warna kemeja-T:

  • Hijau (WWF-Malaysia): Anda Boleh Melindungi Alam Sekitar
  • Biru (World Vision Malaysia): Anda Boleh Memperkasa Pemimpin Masa Hadapan
  • Oren (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia): Anda Boleh Menjaga Buah Pinggang Anda
  • Ungu (Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia): Anda Boleh Menghalang Kanser Sebelum Berlaku
  • Merah Jambu (Yayasan Jantung Malaysia): Anda Boleh Kekal Aktif, Kekal Berdegup

“Dengan kerjasama 5 rakan NGO untuk Larian AXA
Hearts in Action 2019, kami berusaha untuk memupuk penyertaan sosial,
melindungi alam sekitar dan kanak-kanak, serta menggalakkan pencegahan risiko
kesihatan untuk membina komuniti yang mampan. Kami amat berbesar hati kerana
menerima sokongan padu daripada pelari baru dan juga pelari yang kembali untuk memberi kami
peluang bagi melakukan perubahan positif terhadap masyarakat.
Tanpa mereka, Larian AXA Hearts in Action tidak akan sampai ke tahap
kini,” kata Emmanuel.

Sepanjang 5 tahun ini, Larian AXA Hearts in Action telah
menarik penglibatan kira-kira 20,000 pelari dan menyumbang lebih daripada
setengah juta ringgit kepada WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah Pinggang
Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan Jantung
Malaysia. Sumbangan ini telah membantu menyokong inisiatif-inisiatif berikut:

  • Persatuan Kebangsaan Kanser
    Malaysia: memberi
    bantuan untuk 500 sesi dialisis kepada pesakit di 28 pusat dialisis seluruh
    negara
  • World Vision Malaysia: menyumbang kepada Program Pembangunan
    Masyarakat di Mukim Tulid dan Mukim Tatalaan dan membantu lebih 2,500 orang di
    10 buah kampung
  • Yayasan Jantung Negara: menyokong program pemeriksaan kesihatan dan
    ceramah kesihatan untuk mendidik rakyat Malaysia di kawasan luar bandar seperti
    Tumpat dan Labis.

Maklumat lanjut tentang AXA Hearts in Action:

Larian AXA Hearts in
Action dianjurkan setiap tahun sempena Program Tanggungjawab Korporat AXA
Hearts in Action – sebuah program global yang diperkenalkan pada tahun 1991
untuk para pekerja menjalankan aktiviti sukarela dengan menyumbang masa,
berkongsi kemahiran dan mengumpul dana.

AXA komited untuk melaksanakan Tanggungjawab
Korporat sebagai agenda yang berterusan sepanjang tahun. Awal bulan ini, AXA
telah menganjurkan Minggu Tanggungjawab Korporat dengan pelbagai aktiviti
seperti derma darah, pemeriksaan kesihatan, kutipan derma untuk barangan runcit
dan tuala wanita guna semula bagi meningkatkan kesedaran dan memperjuangkan
kepentingan kesihatan, kesejahteraan, pendidikan dan kesejahteraan sosial di
kalangan pekerja dan masyarakat.

Barangan
runcit dan tuala wanita guna semula bernilai hampir RM 10,000 telah
disumbangkan kepada 4 rumah amal dan masyarakat orang asli di Banting. Pada
bulan Ogos, AXA akan melawat komuniti Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol
K9, Banting untuk menjalankan Program Pengurusan Kebersihan Menstruasi dengan
kerjasama Athena Empowers, sebuah syarikat yang mengeluarkan produk sanitari
yang boleh digunakan semula dan mesra alam.

Komen

komen





Source link