Artikel Terkini

B20, M50 dan T30: Klasifikasi Baru Pendapatan Rakyat Malaysia


Tahukah anda, sekiranya pendapatan isi rumah anda melebihi RM15,000, anda secara rasminya tergolong dalam kelompok T30?

Satu kajian oleh
Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati, klasifikasi pendapatan di
Malaysia perlu diperhalusi dan diubah supaya subsidi dan bantuan kerajaan dapat
disalurkan kepada golongan sasaran sebenar.

Baca : Mereka Berpendapatan Bawah RM2,000 Hanya Ada Balance RM76 Setiap Bulan?

Data yang dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2016 menunjukkan pendapatan isi rumah golongan B40 adalah RM3,000, M40 adalah RM6,275 dan akhir sekali golongan T20 adalah RM13,148.

B40 mewakili 16.4% daripada pegangan pendapatan dan
M40 adalah 37.4% dan T20 adalah 46.2%.

Baca : 10 Idea Menyeronokkan Untuk Menjana Pendapatan Mengikut Personaliti

3 Sebab Kenapa Perlu Klarifikasi Baru Pendapatan Isi Rumah

1. Definisi Tidak Tetap

Pendapatan isi rumah setiap negeri di Malaysia adalah berbeza di antara satu sama lain dan tidak tetap mengikut geografi dan lokasi.

Realitinya,
pendapatan isi rumah di negeri tumpuan seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang
adalah lebih tinggi kerana wujud aktiviti ekonomi yang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, pengkelasan golongan B40 di negeri-negeri ini sewajarnya lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.

2. KDNK

Kadar peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi setiap negeri adalah berbeza sungguhpun berada dalam golongan pendapatan isi rumah yang sama.

Sebagai contoh, ambang pendapatan isi rumah di
Putrajaya bagi B40 adalah RM6,447
dan terendah di Kelantan adalah RM2,348.

Perbezaan jurang ini adalah 63.6% atau RM4,099!

3. Sasaran Kurang Tepat

Pengedaran subsidi
dan bantuan kerajaan berlaku dalam situasi yang songsang kerana golongan yang
sepatutnya menerima bantuan tidak mendapat bantuan yang sepatutnya.

Garis panduan
pengkelasan pendapatan isi rumah yang baru harus melibatkan golongan yang benar
– benar tidak berkemampuan dan layak menerima bantuan dan subsidi kerajaan.

Pengkelasan Baru Pendapatan Isi Rumah Di Malaysia

Khazanah Research Institute (KRI) mencadangkan supaya pengkelasan lama yakni B40, M40 dan T20 digantikan dengan B20, M50 dan T30.

B20

Golongan ini
merupakan yang hanya mampu menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian
dan tempat tinggal sahaja.

Sebahagian besar golongan ini menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, KTM,   Monorel dan bas henti-henti sebagai pengangkutan utama mereka.

Baca : mySalam, Perlindungan Untuk Golongan B40 Yang Dinanti-nanti

Golongan ini
sewajarnya mendapat fokus dan menerima impak dari bantuan dan subsidi kerajaan
dalam membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Berdasarkan kajian,
golongan B20 membelanjakan pendapatan bulanan mereka untuk makanan, rumah dan
pakaian.

Mereka mewakili 20%
dari populasi rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM1,196 sebulan.

M50

Golongan pertengahan ini merupakan golongan
pembayar cukai yang tidak memerlukan sebarang bantuan dan subsidi kerajaan.

Sebaliknya, apa yang mereka perlukan adalah
bantuan dalam memperkasa aset dan akses dalam menambah pendapatan mereka.

Baca : Dana RM1 Bilion Untuk Pembeli Rumah Pertama Bermula 1 September

Berdasarkan tinjauan, golongan M40 semasa tidak menunjukkan sebarang ciri-ciri kelas berpendapatan sederhana.

Golongan M50 mewakili 50% daripada populasi
rakyat Malaysia dan pendapatan mereka adalah di antara RM1,196 hingga RM3,015
sebulan.

T30

Dengan pendapatan
bulanan melebihi RM3,015, golongan
T30 mewakili 30% daripada populasi rakyat Malaysia.

Golongan ini
dilihat tidak mempunyai kekangan dalam berbelanja ke arah barang aspirasi, hobi
dan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Definisi golongan
kelas pertengahan sebenar di Malaysia menurut Khazanah Research Institute (KRI)
adalah T30.

Baca : 5 Idea Kepada Kerajaan Untuk Tambah ‘Duit Rakyat’

Kajian ini jelas
menunjukkan Kerajaan wajar menyemak semula agihan pendapatan isi rumah dengan
memperkenalkan kategori yang lebih realistik agar agihan bantuan dan subsidi
kerajaan mampu diberikan dengan lebih proaktif.

Buat masa ini, B20 dilihat sebagai golongan
yang paling memerlukan bantuan dan subsidi dan M50 memerlukan akses untuk
peluang kehidupan yang lebih baik.

Sumber Rujukan:

  1. KRI Institute
  2. The Edge
  3. DOSM



Source link