Uncategorized

Bagaimana Iron Man Mencetus Kebangkitan Marvel Studios Pada Era Moden

Bagaimana Iron Man Mencetus Kebangkitan Marvel Studios Pada Era Moden 1


Siapa sangka pada tahun 1996 Syarikat Marvel Studios telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat dan terpaksa membuang satu pertiga kakitangan mereka, kini boleh mendabik dada dengan kejayaan filem dari adiwira keluaran produksi mereka. Kini kutipan filem terbaru keluaran mereka iaitu Avengers End Game telah melebihi $2 billion di seluruh dunia.

Sebelum Marvel Studios mencapai kejayaan seperti hari ini, mereka mengalami waktu yang sangat suram dalam perjalanan hidup syarikat mereka.

Bagaimana Iron Man Mencetus Kebangkitan Marvel Studios Pada Era Moden 2
Watak Adiwira kepunyaan Marvel Studios yang bernilai berbilion dolar

Selepas diisytiharkan bangkrap, Marvel Studios telah membuka restoran yang diberi nama Marvel Mania untuk dijadikan francis tetapi malangnya, restoran tersebut tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan dan telah ditutup sepenuhnya setahun kemudian. Setelah perniagaan restoran mereka gagal, Marvel Studios hanya dapat membuat duit melalui penjualan hak milik watak sensasi mereka iaitu Blade, yang telah dijual watak tersebut kepada Warner Bros Studio.

Marvel Studios hanya mendapat royaliti sebanyak $250,000 ketika filem Blade mendapat kutipan sebanyak $70 juta.

Bagaimana Iron Man Mencetus Kebangkitan Marvel Studios Pada Era Moden 3
Blade merupakan filem Marvel era moden yang telah mencapai jualan box office tetapi sebahagian kecil sahaja keuntungan yang di perolehi oleh Marvel Studios

Syarikat Marvel Studios menjual sebahagian kecil  watak di dalam studio mereka kepada syarikat perfileman Hollywood. Studio tersebut yang telah menjual francais X-Men kepada Studio Fox pada tahun 1993 dan Spiderman kepada Sony Pictures pada tahun 1999.

Kesan daripada penjualan watak tersebut, pihak Marvel Studios tidak mendapat wang royalti daripada filem terbabit, walaupun kutipan filem X-Men dan Spiderman mencecah hampir satu billion, Marvel Studios hanya berputih mata kerana tiada bayaran yang dibuat kepada syarikat mereka.

Bagaimana Iron Man Mencetus Kebangkitan Marvel Studios Pada Era Moden 4
David Maisel yang berbaju unggu merupakan arkitek yang membentuk Marvel Studios pada era moden

Kebangkitan Marvel Studios ini tercetus pada tahun 2003 yang mana pada ketika itu Presiden Marvel Studios, David Maisel yang memberi cadangan ringkas tetapi sangat bernas. Beliau mencadangkan kepada pihak pengurusan Marvel supaya mengeluarkan filem adiwira mereka sendiri yang berada di bawah bumbung Marvel Studios daripada memberi lesen watak adiwira mereka satu per satu kepada syarikat penerbitan Hollywood.

Cadangan yang diberikan oleh  David sangat bernas tetapi pada ketika itu, Marvel Studios tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk mengeluarkan filem mereka sendiri. Pada tahun 2005,pihak lembaga syarikat Marvel Studios telah bersetuju untuk meluluskan cadangan David. Marvel Studios bersetuju untuk mengeluarkan adiwira mereka sendiri yang mana lagi mengutungkan dari menjual watak adiwira mereka kepada syarikat penyiaran yang lain.

Untuk memulakan syarikat pengeluaran filem mereka sendiri, mereka telah meminjam wang daripada bank pelaburan terkenal di Amerika Syarikat iiatu Merrill Lynch dengan membuat pinjaman sebanyak $525 juta selama 7 tahun. Sebagai cagaran untuk pinjaman itu, 10 watak dari Marvel Studios dijadikan sebagai penjamin untuk transaksi ini.

Watak yang menjadi penjamin bagi perjanjian ini adalah Captain America, The Avengers, Nick Fury, Black Panther, Ant-Man, Cloak & Dagger, Doctor Strange, Hawkeye, Power Pack, and Shang-Chi yang mana jika rancangan Marvel Studios gagal,mereka akan kehilangan hak untuk watak ini buat selama-lamanya.

Bagi memulakan pengambaran filem ini, Marvel Studios telah memilih adiwira mereka yang kurang terkenal iiatu Iron Man.

Iron Man dipilih disebabkan oleh kebanyakan studio perfileman hollywood ingin membawa watak adiwira itu ke layar perak. Sebagai contoh, Syarikat Paramount berminat untuk membawa Iron Man ke layar perak dan bekerjasama dengan Tom Cruise untuk menjayakan watak tersebut. Pihak Marvel Studios mendapat hak kembali watak Iron Man dari New Line Cinema dan terus membawa watak Iron Man ke layar perak.

Bagaimana Iron Man Mencetus Kebangkitan Marvel Studios Pada Era Moden 5
Watak Iron man merupakan titik permulaan perkembangan Marvel Studios seperti yang kita lihat pada hari ini

Untuk filem Iron Man yang pertama, Marvel Studios memilih Robert Jowney Jr sebagai peneraju utama dan pengarahnya adalah Jon Favreau. Dengan bermodalkan wang sebanyak $140 juta, filem Iron Man pertama telah dihasilkan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan yang mana filem itu menjadi Box Office dengan kutipan sebanyak $585.2 juta.

Filem ini telah diterbitkan melalui Syarikat Paramount. Setelah mendapat pulangan yang memberangsangkan, Marvel Studios meneruskan dengan projek mega mereka tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelaburan yang dibuat oleh Marvel Studios telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.

Nak tahu berapa bayaran yang diterima Robert Downey Jr? Jemput baca Senarai Pelakon Yang Mendapat Bayaran Tertinggi Dalam Sejarah Perfileman Dunia kalau nak tahu berapa bayaran yang diterima Robert Jowney Jr untuk watak Iron Man.

Pada tahun 2009, Syarikat Disney telah membeli hak milik sepenuhnya Syarikat Marvel dengan nilai pembelian sebanyak $4 bilion. Walaupun pembelian ini mencetus kontroversi kerana pada masa itu, Avi Arad yang merupakan bekas pengasas Marvel Studios lantang mengkrtik Studio Disney yang hanya membayar sebanyak $4 billion untuk semua watak adiwira kepunyaan Marvel.

Marvel yang kini berada di bawah anak Syarikat Disney boleh berbangga dengan pencapaian yang dimiliki oleh mereka. Marvel Studios telah mengeluarkan sebanyak 22 buah filem sepanjang 10 tahun kebelakangan ini yang mana kutipanya telah mencecah sebanyak sebanyak $19.9 billion.

Bagaimana Iron Man Mencetus Kebangkitan Marvel Studios Pada Era Moden 6
Dengan pembelian Syarikat Fox oleh Studio Disney, hampir keseluruhan watak adiwira keluaran Marvel kini telah kembali kepada Marvel Studios

Dengan pembelian Studio 20 Century Fox oleh Syarikat Disney pada tahun ini dengan nilai perjanjian sebanyak $71 bilion, watak Adiwira Marvel iaitu X-Men dan Deadpool yang dimiliki oleh Studio Fox kini kembali kepada Marvel Studios. Kini Marvel Studios memiliki hampir semua watak adiwira yang dikeluarkan oleh syarikat mereka kecuali Spiderman dan Venom sahaja yang dimiliki oleh Sony.

Bagaimana Iron Man Mencetus Kebangkitan Marvel Studios Pada Era Moden 7

Komen

komen





Source link