Artikel Terkini

Bagaimana Perniagaan Boleh Kekal Relevan Pada Masa Depan?


Kita sekarang berada di era digital dan globalisasi, di mana
persaingan dilihat semakin ketat. Dengan dunia tanpa sempadan dan semakin ramai
orang beralih ke e-dagang dan shopping secara online, apa yang boleh kita
lakukan untuk memastikan perniagaan kita kekal relevan pada masa akan datang?

Berikut merupakan 3 perkara yang boleh kita pertimbangkan
dan lakukan.

1. Berfikir Di Luar Kotak dan Jadi Disruptif

Kalau kita perasan, nama-nama besar dunia seperti Uber dan
Grab telah menjadi disruptif dalam industri masing-masing. Orang ramai tidak
lagi menggunakan perkhidmatan teksi seperti cara tradisional, kena duduk tepi
jalan dan menahan teksi yang mungkin mengambil masa yang lama. Kini pengguna
mempunyai kuasa untuk memilih, lalu kita pilih untuk menggunakan teknologi
untuk membantu kita. Kini kita tak perlu lagi tunggu lama untuk bergerak dari
satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan perkhidmatan Uber dan
Grab. Bayaran yang dikenakan juga amat berpatutan.

Begitu juga halnya dengan Airbnb. Kalau dulu kita gunakan
perkhidmatan online untuk menempah bilik hotel, kini kita boleh tempah bukan
saja bilik; tetapi sebiji rumah terus menggunakan aplikasi telefon pintar.
Ianya semakin popular, malah ada pengguna yang buat duit lumayan pula dengan
menyenaraikan perkhidmatan hartanah homestay mereka dengan Airbnb. Kini kita
boleh sewakan dan menyewa daripada hartanah di seluruh dunia.

Apa lagi? Pernah guna GrabFood atau Food Panda? Ada sebab
mereka ini semakin hari semakin maju ke depan. Dengan kehidupan kita yang
semakin sibuk sehingga tak sempat untuk keluar makan, gunakan saja perkhidmatan
mereka. Tunggu di rumah atau pejabat, mereka hantar sampai depan pintu. Mudah
kan?

2. Keperluan Latihan Dalam Era Digital

Sekarang merupakan zaman media sosial, di mana pengaruhnya
tidak boleh dipertikaikan. Satu kesilapan boleh membawa padah yang besar, oleh
itu amat penting untuk kita menitikberatkan keperluan pekerja-pekerja di bawah
kita tentang tingkahlaku dan adab di media sosial.

Ianya boleh membawa perubahan yang drastik kepada syarikat,
kerana kita boleh jadi viral dengan sekelip mata saja. Tetapi kalau nak viral
pun, pastikan ianya viral yang cenderung untuk kita mendapat nama baik dan
bukannya cemuhan daripada netizen.

3. Perubahan Gaya Kerja dan Tempat Kerja

Semakin banyak syarikat yang mengamalkan kerja di mana saja
atau menggunakan pejabat maya (virtual office). Tak perlu lagi untuk kita masuk
pukul 9 pagi dan keluar pukul 5 petang setiap hari.

Ini bagi memastikan pekerja dapat mendapat keseimbangan di
antara pekerjaan dan keluarga. Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan
kebebasan bekerja, selagi kualiti kerja dapat dijaga. Apabila pekerja berasa
gembira melakukan kerja, pastinya kita pun gembira juga.

Jemput Datang Ke BFF2019 Dan Belajar

Ini baru mukadimah saja dulu, kerana ada banyak lagi yang akan dikongsikan oleh mereka yang pakar dalam industri. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke acara yang dianjurkan Securities Industry Development Corporation (SIDC), Business Foresight Forum (BFF) 2019; yang akan berlangsung pada hari Khamis, 19 September 2019 ini. Ianya bertemakan ‘New Business Directions 2025 – Catalysts for Change’ dan akan diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara.

Kita ada May Knight, Presiden, Asia Pasifik, Korn Ferry
Advisory Hong Kong, China; Aiza Azreen Ahmad, Pengarah, Pembangunan Strategik,
Boost eWallet dan Kathirgugan Kathirasen, Pengasas, Chowbotics China yang akan
membincangkan topik hangat ini.

Tapi itu pun baru sebahagian sahaja daripada acara penuh yang akan diadakan pada hari tersebut. Jemput baca 7 Sebab Anda Kena Datang Business Foresight Forum (BFF) 2019, dan layari laman web BFF untuk maklumat lanjut.

Harga tiket adalah seperti berikut:
RM1,500 harga biasa untuk seorang
RM1,250 seorang untuk kumpulan tiga atau lebih orang
RM1,000 seorang untuk kumpulan lebih daripada 10 orang

Atau secara alternatif, alami BFF 2019 secara maya melalui
strim secara langsung. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran atau
strim secara langsung, sila hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 /
8664.

Komen

komen





Source link