Artikel Terkini

Bagi Seorang Pelabur, Pentingkah Pulangan Dividen Daripada Pelaburan?


Seperti yang sedia maklum, dividen adalah
pemberian sebahagian keuntungan syarikat yang di persetujui oleh lembaga
pengarah syarikat kepada pemegang sahamnya. Kebiasaannya dividen ini datangnya
dari lebihan tunai yang dibayar secara berkala
mengikut suku tahun, dengan kata lain – syarikat mempunyai tahap
kewangan yang baik.

Baca lebih lanjut di Apa Itu dividen?

Kebiasaanya pelabur melabur di dalam pasaran saham kerana:

  • Mereka
    percaya bahawa harganya akan naik dan menjualnya semula untuk mendapatkan
    keuntungan.
  • Mereka
    berniat untuk mengumpul dividen sebagai sumber pendapatan dari pelaburannya.

Sebenarnya, kepentingan dividen sebenarnya bergantung kepada strategi pelaburannya. Oleh itu, terdapat 3 jenis golongan dalam pelaburan:

1. Golongan yang sukakan strategi Saham Pertumbuhan (Growth Stock)

Golongan ini lebih melihat kepada potensi keuntungan harga dalam pertumbuhan masa hadapan. Kebiasaanya pertumbuhan syarikat pada masa sekarang sedang berkembang pada kadar yang lebih cepat berbanding kadar pertumbuhan syarikat di dalam industri yang sama.

Setiap sektor pasaran mempunyai saham sebegini, tetapi ianya lebih tertumpu pada sektor seperti teknologi, tenaga alternatif, dan bioteknologi. 

Kebanyakan saham pertumbuhan lebih cenderung menjadi syarikat yang mempunyai produk inovatif dan yang berupaya memberi kesan besar pada pasaran di masa hadapan.

Saham pertumbuhan mampu memberikan pulangan yang besar, tetapi kebanyakan syarikat masih kecil dan kurang stabil, mungkin juga mengalami turun naik harga yang besar.

Jika strategi pelabur adalah terhadap saham pertumbuhan, maka pelabur tidak boleh terlalu berharap kepada dividen. Ini kerana keuntungan syarikat biasanya akan dilaburkan semula untuk mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi.

2. Golongan yang sukakan strategi Saham Nilai (Value Stock)

Strategi ini lebih sesuai bagi golongan yang suka membuat ‘homework’ dalam mengkaji status kewangan syarikat atau Analisa Fundamental. Mereka ini suka syarikat di bawah nilai semasa yang mampu memberikan keuntungan jangka masa panjang.

Ada yang tengok kepada pemberian dividen yang tinggi atau financial ratio yang rendah seperti : Price-to-Book ratio (P/B) atau Price-Earnings ratio (P/E).

Dengan kata lain, Saham Nilai (Value Stock) dianggap mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding Saham Pertumbuhan (Growth Stock).

Harga juga akan ada turun naik bergantung kepada persepsi dan prestasi kewangan syarikat. Sebagai contoh syarikat yang mempunyai Penyata Kewangan yang bagus dan harga saham sedang bergerak dengan baik, tetapi terdapat skandal dengan pihak pengurusan syarikat. Disebabkan ini, harganya turun sedikit kerana ada pelabur yang tak suka terpalit dengan kontroversi.

Pelabur lain pula sedar bahawa ini adalah masa yang tepat untuk membeli saham berkenaan, kerana setelah orang ramai melupakan kejadian tersebut; harganya akan kembali ke paras asal.

Jika strategi pelaburan adalah Saham Nilai, maka pemberian dividen adalah nilai tambah kepada pelaburan.

3. Golongan yang sukakan strategi Saham Pendapatan (Income Stock)

Strategi Saham Pendapatan pula sesuai dengan pelabur yang tidak mahu mengambil risiko yang tinggi. Dengan saham-saham begini, pelabur cenderung untuk memilih saham-saham blue chip yang stabil dan konsisten dalam keuntungan dan juga pemberian dividen setiap tahun.

Ada syarikat yang mempunyai polisi untuk mengisytiharkan dividen setiap 3 bulan sekali, iaitu apabilia Quarter Report syarikat dikeluarkan.

Dividen adalah sebab utama pelabur membeli saham syarikat. Daripada sudut harga saham pula, ianya tidak naik terlalu banyak atau tidak turun terlalu banyak. Maka sebarang Keuntungan Modal (Capital Gain) adalah bonus kepada para pelabur.

Sumber Rujukan : Investopedia

Sekarang dah tahu apa yang dimaksudkan dengan Saham Pertumbuhan (Growth Stock), Saham Nilai (Value Stock) dan Saham Pendapatan (Income Stock), anda pelabur yang mana satu?



Source link