Artikel Terkini

Bahaya Racun Aloe Vera, Sejauh Mana Kebenarannya? Ikuti Penjelasan Ahli Kimia Ini


Lidah buaya atau aloe vera merupakan spesies tumbuhan herba daripada Famili Liliaceae. Lidah buaya mengandungi 96 % kandungan air manakala 4 % lagi ialah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.

Pokok lidah buaya banyak ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan dirumah. Namun, tanaman ini juga dikatakan mempunyai banyak khasiat dan kegunaan samada dalam bidang perubatan atau kosmetik. Benarkah?

Menurut perkongsiah ahli kimia, Dr. Fatimah Salim, Aloe Vera mengandungi bahan kimia yang beracun!

Bahan kimia semulajadi yang dimaksudkan ialah aleo emodin (1,8-dihydroxy-3-(hydroxymethyl) iaitu daripada keluarga anthraquinone yang terkenal dengan sifat struktur kimia beracun. Bahan kimia ini terkandung pada getah aloe vera. Jika kita patahkan batang aloe vera, biasanya kita akan nampak getah berwarna kuning kan? Aha, itulah dia.

Sumber : Google

Fungsi bahan kimia ini pada aleo vera adalah sebagai pelindungan agar sel-selnya membesar dengan selamat.

Bahan kimia ini telah dilaporkan memberikan pelbagai manfaat dalam aktiviti pharmacology. Namun, disamping kebaikkan ini, keburukkan yang lebih merisaukan ialah ianya boleh menyebabkan keracunan hati dan buah pinggang apabila termakan/ dimakan.

Gelaja termakan ini termasuk daripada seringan-ringan iritasi dan cirit birit sehinggalah ke seberat-berat kegagalan buah pinggang.

International Agency for Research on Cancer mengklasifikasikan bahan kimia ini sebagai karsinogen dalam Kumpulan 2B (bahan kimia berpotensi penyebab atau penggalak kanser kepada manusia).

Pun begitu, bahan kimia ini TIDAK menyebabkan keracunan apabila diSAPU pada kulit. Dan biasanya untuk produk aloe vera yang dijual untuk dimakan, peniaga telah membuang bahan kimia ini. Maka, selamatlah dimakan gel itu.

Semoga bermanfaat!

ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia



Source link