Uncategorized

Bajet RM 440.60 Sahaja Untuk Make Over Tandas Guna Cat


Bagi pemilik rumah 2nd hand, tandas kotor dan sukar untuk dibersihkan memang menjadi isu utama. Bukan itu sahaja, bagi kediaman yang berusia lebih 10 tahun, permukaan jubin dan kondisi bilik air pun sudah kelihatan usang. Kebiasaanya, untuk make over dengan melibatkan kerja-kerja memacah permukaan jubin untuk digantikan dengan yang baru menelan belanja ribuan ringgit. Namun, Tuan Ahmad Khairudin berkongsi teknik dan cara jimat untuk make over tandas lama dengan kos RM 440.60. Yang menariknya, kos yang diperuntukkan lebih dari cukup untuk make over 2 bilik air.

Nak kongsi idea…mana yang nk cut bajet cantikkan TOILET LAMA…atau pun ada toilet rumah parents kat kampung ke yang nk bagi kemas sikit… macam kes saya sebab PENYEWA nak masuk awal sebelum raya…ada waktu 5 HARI SAHAJA… tukar tiles memang tak sempat n leceh…so caranya DIY lah… janji bakal penyewa selesa… kita mudahkan urusan orang insyaallah kita pon dimudahkan urusan nanti…

waktu diperlukan hanya 3 hari ( sebab buat waktu bekerja, boleh cut jadi 2 hari sebab sangat cepat n senang je sebenarnya )

bajet RM 440.60 sahaja.. untuk 2 TOILET
HYCOTE: 2 tin
EA4FINISH WHITE : 1 tin
EA4 FINISH DARK GREY :2 tin

SIMEN PUTIH 2 KG: RM5.60

( BERUS CAT/THINNER/ alas cat memang dah sedia ada)

Ni simen putih rm 5.60 untuk 2 kg
tujuan dia untuk tutup semua lubang dan defect kat tiles sebelum mengecat

LANGKAH 1: isi semua defect dengan simen putih. Pakai glove n tangan je senang. Siap sapu simen putih lapkan untuk buang lebihan simen dan bagi rata. 45 minit siap atas bawah

Siap sapu simen putih untuk tandas bawah

LANGKAH 2: HYCOTE bahagian dinding dan lantai tandas. saya pakai 1 litre cukup untuk satu toilet.

lapisan hycote ni penting. Ia sebagai lapisan primer untuk memastikan cat yang disapu melekat pada jubin. Jika tidak, ia mudah dan cepat mengelupas terutamanya selepas terkena air

rupa bila dah siap HYCOTE. Sebelum sapu hycote, pastikan mangkuk tandas dan sinki bungkus dulu. Kalau tak comot nanti

 

 

TIP: beli hycote akan dapat hardener sekali. Campur dua dua sebelum mengecat.hardener macam gam. so make sure 45 minit or 1 hour habiskan semua cat.kalo rasa nk pakai skit-sikit, jangan campur semua sekali ye.

LANGKAH 3:Process cat pakai EA4 FINISH

EA4 FINISH ni la cat khas untuk TILES + HIGH PERFORMANCE. sesuai untuk tempat yang selalu kena air.
kalau nak lagi power, EA9 FINISH. tu biasa orang buat kolam takungan … mmang tak tembus langsung air.

Komen anda





Source link