Artikel Terkini

Balik Kampung, Melancong Dalam Negeri Jangan Lupa SOP


Baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Antara kelonggaran yang diberikan iaitu kebenaran merentas negeri dan lampu hijau untuk melancong dalam negeri. Kelonggaran yang diputuskan kerajaan bertujuan antaranya bagi fasa pemulihan ekonomi negara dan menjana semula pendapatan rakyat.

Ramai warga kota yang berpusu-pusu ingin pulang ke kampung halaman kan. Ingat wabak ini masih ada dan kita semua mesti mengikut SOP yang telah diberikan. Jangan sesekali ingkar kerana ingin bergembira nanti akhirnya pasrah.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, perkembangan ini BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko dijangkiti wabak pandemik.

Virus ini masih ada di luar sana dan boleh menjangkiti sesiapa saja. Jika anda merancang untuk melancong, ada beberapa perkara penting yang wajib anda ketahui dan ambil tindakan.

Perlu diambil kira tanggungjawab dan peringatan agar sentiasa berwaspada sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju. Pada ketika ini, sudah pasti anda jelas bagaimana wabak ini boleh merebak dan apa cara pencegahan terbaik. Peralatan bantuan perubatan seperti topeng muka, hand sanitizer dan face shield jangan ditinggalkan dalam aktiviti seharian.

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan ialah lokasi dan aktiviti yang dipilih. Jika lokasi kelihatan padat dan sesak, tolong ‘SKIP’ dan elakkan. Tempat tertutup seperti pusat membeli belah bukan pilihan yang baik untuk anda meluangkan waktu bercuti.

Pusat membeli belah merupakan lokasi tumpuan ramai malah penjarakan sosial amat sukar untuk diamalkan. Ambil tahu kawasan zon merah dan elak bercuti ke kawasan berkenaan. Sebaiknya pilih lokasi yang tenang, tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Adalah dicadangkan untuk meluangkan masa berehat di bilik atau homestay bersama keluarga sepanjang tempoh bercuti, ianya lebih selamat selain dapat menikmati percutian dengan lebih ‘privacy.

Juga ambil tahu apakah aktiviti yang dibenarkan dan yang ditegah demi kebaikan anda sekeluarga. Anak-anak dan keluarga adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Tidak salah membiarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang kurang pengunjung namun BUKAN di tempat padat dan tertutup seperti pasaraya.

Sayangilah diri dan keluarga anda. Kekal sihat dengan mengamalkan #newNormal seperti yang disarankan pihak berwajib. Mencegah lebih baik dari mengubati. Hujung minggu ini pasti ramai yang balik bercuti di kampung sehinggakan semua lebuhraya utara, selatan dan pantai timur semuanya sesak. Jadi, cuba elak dari berhenti di kawasan rehat yang ramai dan sesak. Pastikan anda sentiasa menggunakan topeng muka dan sanitizer jika berada di luar.



Source link