Uncategorized

Bandar Bukit Raja – Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 1


Bila sebut nama Klang, pasti ramai yang akan terbayang perlabuhan Klang yang cukup terkenal di mata rakyat Malaysia.

Cuma, Klang bukan setakat ada port perlabuhan semata-mata.

GH Masterclass

Ada banyak lagi perkara menarik yang ada di sini, termasuk pilihan hartanah yang menarik belaka.

Kali ini, Tok akan tumpukan sepenuh perhatian kepada tanah bekas perladangan minyak kelapa sawit yang berubah menjadi kawasan perbandaran yang terancang dan serba lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Buat yang tengah mencari kediaman 2 tingkat yang simple dan praktikal (dan juga berstatus Freehold), pasti korang akan tertarik dengan projek ini.

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 2

Projek yang Tok maksudkan adalah Bandar Bukit Raja di Klang, Selangor.

Mungkin ramai dah tahu yang tentang perbandaran ini. Perbandaran ini dibangunkan oleh pemaju yang tersohor di negara kita, Sime Darby Property (salah satu subsidiari Sime Darby Berhad).

Meliputi kawasan seluas 4,405 ekar di atas tanah berstatus Freehold (Pegangan Bebas), perbandaran Bandar Bukit Raja dilancarkan pada tahun 2002 dan menyediakan pilihan kediaman yang pelbagai untuk kegunaan ramai – daripada perumahan mampu milik, sehingga ke kediaman mewah dan hartanah jenis komersil.

Terletak di antara bandaraya Klang dan juga Shah Alam, kedudukan Bandar Bukit Raja boleh dikatakan agak strategik.

Terdapat banyak sambungan ke lebuhraya utama di sini. Tok akan terangkan lebih lanjut pada bahagian seterusnya dalam perkongsian ini.

 

Jawapan mudah Tok, boleh tahan. Ada 4 jenis unit kediaman yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing.

Antara yang ditawarkan seperti:

Ayra (Jenis A1, Unit Pertengahan (Intermediate Lot), 1,901 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 3

Ayra (Jenis A2, Lot Pertengahan (Intermediate Lot), 1,956 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 4

Ayra (Jenis C1, Lot Tepi (Corner Lot), 2,278 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 5

Ayra (Jenis E1, Lot Akhir (End Lot), 2,130 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 6

Azira (Jenis A1/A2, Lot Pertengahan (Intermediate Lot), 1,901 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 7

Azira (Jenis E1/E2, Lot Akhir (End Lot), 2,130 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 8

Azira (Jenis C1/C2, Lot Tepi (Corner Lot) & Jenis E3, Lot Akhir Khas (Special End Lot), 2,275 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 9

Athira (Jenis A1/A2, Lot Pertengahan (Intermediate Lot), 2,191 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 10

Athira (Jenis E1/E2, Lot Akhir (End Lot), 2,788 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 11

Athira (Jenis C1/C2, Lot Tepi (Corner Lot), 2,788 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 12

Elsa (Jenis A, Lot Pertengahan (Intermediate Lot), 1,519 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 13

Elsa (Jenis C, Lot Tepi (Corner Lot), 1,784 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 14

Elsa (Jenis E1, Lot Akhir (End Lot), 1,784 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 15

Elsa (Jenis E2, Lot Akhir (End Lot), 1,640 kaki persegi)

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 16

Dikategorikan sebagai perbandaran yang mampan untuk menampung generasi akan datang, Sime Darby Property beri perhatian khusus kepada elemen yang bertumpukan kesihatan dan kesejahteraan di Bandar Bukit Raja ini.

Inisiatif ini dibuktikan dengan kewujudan Central Park seluas 125 ekar, yang bakal menjadi salah satu taman terbesar dalam bandaraya Klang.

Selain itu, Bandar Bukit Raja juga lengkap dengan pelbagai kemudahan yang cukup baik dan lengkap untuk kegunaan gaya hidup penduduk di sini.

Antara kemudahan yang disediakan di sini seperti:

  • Kedai runcit,
  • Balai Polis,
  • Balai Bomba,
  • Pusat membeli-belah,
  • Taman permainan,
  • Sekolah rendah,
  • Sekolah menengah, dan
  • Pelbagai institusi pengajian tinggi.

Di sini juga, Tok senaraikan beberapa pusat membeli-belah, sekolah rendah, dan juga sekolah menengah yang terletak berdekatan dengan perbandaran Bandar Bukit Raja ini untuk kemudahan korang:

Pusat Membeli-Belah

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 17

  • AEON Bandar Bukit Raja,
  • Setia City Mall,
  • TESCO Extra Klang,
  • GM Klang Wholesale City,
  • Klang Parade,
  • CENTRO Mall,
  • Harbour Place Mall,
  • Bukit Raja Shopping Centre,
  • Galeri Klang Central,
  • Purchase King Online Shopping Centre,
  • Shaw Centre Point,
  • Gateway Klang,

Tadika dan Sekolah Rendah

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Rajah,
  • YelaoShr® Teacher Yap Bandar Bukit Raja,
  • Q-dees Bandar Bukit Raja,
  • Mrc Kids Bandar Bukit Raja,
  • Smart Reader Kids Bukit Raja,
  • Sekolah Kebangsaan Batu Belah,
  • Sekolah Kebangsaan (1) / (2) Jalan Batu Tiga,
  • Sekolah Kebangsaan Setia Alam,
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jalan Meru.

Sekolah Menengah

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 18

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang,
  • Kwang Hua Private High School,
  • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hua,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad Klang,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi,
  • SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 19

Antara universiti yang berdekatan dengan Bandar Bukit Raja termasuk Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Peninsula College, International Business College, dan Management and Science University (MSU).

Kalau korang pentingkan hospital dalam membuat keputusan membeli kediaman, Bandar Bukit Raja juga terletak berdekatan dengan Columbia Asia Hospital Klang yang menawarkan kemudahan perubatan bertaraf dunia.

Selain itu, korang juga terletak berdekatan dengan KPJ Klang Specialist Hospital dan pusat rawatan kesihatan alternatif, Cti Care. Ada juga Klinik Desa Batu Belah Klang kalau korang atau keluarga menghidap penyakit ringan.

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 20

Baik. Tiba masa Tok bercerita tentang sambungan lebuhraya yang tergendala dekat atas tadi.

Buat yang menetap di Bandar Bukit Raja, korang ada akses mudah ke lebuhraya berikut:

  • New Klang Valley Expressway (NKVE), dan
  • New North Klang Straits Bypass.

Dengan sambungan 2 lebuhraya utama ni, memang senang korang sekeluarga hendak ke mana-mana, terutama sekali untuk ke Petaling Jaya dan juga Pusat Bandar. Tak kira untuk ke tempat kerja, atau bersuka ria bersama keluarga.

Lebuhraya West Coast Expressway yang bakal siap pada tahun ini, akan menjadi lebuhraya yang menghubungkan Banting di Selangor ke Taiping di Perak. Bermakna, perjalanan korang semakin mudah untuk ke bahagian Utara Malaysia.

Lebuhraya ini akan bertindak sebagai tulang belakang pengangkutan jalan raya di Bandar Bukit Raja setelah siap sepenuhnya nanti.

Sebab perbandaran ini terletak berdekatan dengan Perlabuhan Klang dan hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), ini menjadikan Bandar Bukit Raja sebagai tempat yang ideal untuk aktiviti pengangkutan dan logistik antarabangsa.

Selain itu juga, ia berdekatan dengan bandar yang telah mencapai tempoh matang yang lain seperti Setia Alam dan Taman Klang Utama, yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan untuk penduduk sekitar.

Ini sekadar pendapat Tok. Bandar Bukit Raja adalah sebuah perbandaran yang cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan. Lebih-lebih lagi untuk korang yang sudah berkeluarga.

Daripada unit yang sederhana kepada unit yang besar, kediaman yang ditawarkan dalam perbandaran Bandar Bukit Raja ini mampu menampung keluarga yang besar, serta menjanjikan kehidupan yang cukup selesa.

Alang-alang korang dah baca sampai ke ayat ini, Tok nak belanja korang satu lagi berita baik.

Tok nak jemput korang meramaikan sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com.

Sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak Sime Darby.

Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat bertindak, dia dapat belajar ilmu hartanah power secara percuma.

Lekas daftar dengan klik gambar di bawah ini sekarang:

Bandar Bukit Raja - Perbandaran serba lengkap oleh Sime Darby Property 21



Source link