Uncategorized

Bangi: Bandar Ilmu Yang Menjadi Lokasi Buruan Pelabur Hartanah

Bangi: Bandar Ilmu Yang Menjadi Lokasi Buruan Pelabur Hartanah 1


Bermula daripada sebuah pekan kecil yang dibuka seawal tahun 1906, Bangi kini merupakan antara lokasi hartanah yang paling bernilai tinggi di Selangor.

Terletak di selatan daerah Hulu Langat, Bangi pada hari ini sangat dikenali sebagai salah sebuah hab fesyen utama di Malaysia.

Maka tidak hairanlah sekiranya musim perayaan tiba, ramai orang dari seluruh pelusuk negeri akan berpusu-pusu ke Bangi hanya untuk mendapatkan kelengkapan pakaian di musim perayaan.

Namun Bangi sebenarnya bukanlah hanya sebuah bandar hab fesyen sahaja. Jika diimbas kembali sekitar tahun 2008, projek Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Selangor yang memulakan Program Jejak Ilmuwan untuk melahirkan generasi ‘Iqra’.

Langkah ini dilihat selaras dengan lokasinya yang dikelilingi oleh pelbagai institusi pengajian tinggi utama negara.

Bangi 1

Credit:Agoda

Jaringan Pengangkutan & Akses Lebuhraya

Jaringan pengangkutan awam yang tersedia di Bangi dan sekitarnya boleh disifatkan sebagai cukup lengkap dan efisien. Di bandar ini terdapat dua stesen KTM Komuter iaitu Bangi dan UKM yang mana kedua-duanya terletak dalam laluan Rawang-Seremban.

Bagi yang mahu menggunakan perkhidmatan MRT pula, stesen MRT Kajang hanya terletak sekitar 6km dari pusat Bandar Baru Bangi.

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km ini bakal memudahkan lagi perjalanan ke pelbagai destinasi pilihan terutamanya bagi mereka yang bekerja di ibu kota Kuala Lumpur.

Bangi 2

Credit:Big Kuala Lumpur

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan negeri juga menyediakan perkhidmatan Bas Smart di Bangi melalui Inisiatif Peduli Rakyat.

Perkhidmatan bas percuma ini menghubungkan beberapa lokasi utama di Bangi dan kawasan sekitarnya bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat.

Dengan kemudahan jaringan lebuhraya, Bangi memberikan akses yang mudah bagi perjalanan menuju ke beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Semenyih & Nilai.

Sebagai contoh, perjalanan menuju ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa sekitar 30 minit dengan menaiki kereta. Antara jaringan lebuhraya yang menghubungkan Bangi dengan bandar-bandar lain ialah:

  1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  2. Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)
  3. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  4. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

 

Hiburan dan Gaya Hidup Moden

Tidak lengkap sesebuah bandar itu sekiranya tiada kemudahan hiburan atau gaya hidup moden yang ditawarkan. Bangi serta kawasan sekitarnya mempunyai pelbagai pilihan pusat membeli belah seperti Kipmall, DeCentrum Mall, Bangi Gateway, Evo Mall, Alamanda dan juga IOI City Mall.

Mereka tidak lagi perlu bersusah payah ke Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar lain kerana pusat membeli belah yang dibina di sini adalah serba lengkap.

Bangi 3

Credit: IOI Developers

Sebagai hab fesyen utama Malaysia, banyak jenama-jenama besar seperti Jakel, Ariani, Primavalet, Leeyanarahman, Elrah, Bella Ammara dan bermacam-macam lagi jenama terkenal turut mengambil kesempatan untuk membuka cawangan di Bangi.

Selain itu, Bangi juga menawarkan destinasi bagi ‘short gateway’ di hujung minggu. Tidak kira sama ada anda sudah berkeluarga, bujang atau baru sahaja mendirikan rumah tangga, hiburan yang ditawarkan bersesuaian untuk pelbagai lapisan umur.

Anda mempunyai pilihan untuk lari daripada kehidupan hiruk pikuk di bandar dengan berhibur bersama keluarga dan juga rakan-rakan di taman tema air, Bangi Wonderland serta beriadah di Taman Tasik Cempaka.

Bangi 4

Credit:Star2.com

Buat peminat tegar ‘hiking’, anda boleh sahaja pergi ke Gunung Nuang atau Bukit Broga sebagai aktiviti sihat di hujung minggu di samping menikmati keindahan pemandangan matahari terbit.

Tidak lupa juga kepada penduduk yang lebih meminati gaya hidup moden seperti ‘kaki golf’ di mana terdapat beberapa kemudahan padang golf yang mudah untuk diakses seperti Sungai Long Golf & Country Club, Bangi Golf Resort, Bukit Unggul Country Club dan Kelab Golf Danau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hab Pendidikan Bangi Bandar Ilmu

Sesuai dengan gelaran Bandar Ilmu yang diberikan, Bangi dan kawasan sekitarnya menempatkan pelbagai pilihan pusat pendidikan tinggi seperti:

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)
  3. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Malaysia France Institute, UniKL (MFI)
  6. German Malaysian Institute (GMI)
  7. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  8. Institut Perguruan Islam
  9. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  10. Kolej Poly-tech MARA Bangi
  11. Kolej Profesional Mara Beranang

Kemudahan Kesihatan Terbaik & Serba Lengkap

Walaupun Bangi tidak semegah bandar-bandar besar lain tetapi perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan untuk penduduk setempat boleh dikatakan sebagai sangat baik dan serba lengkap.

Bangi menjanjikan pelbagai pilihan pusat rawatan sama ada klinik kesihatan kerajaan, hospital kerajaan mahu pun hospital swasta.

Antara hospital kerajaan yang terletak berdekatan Bangi ialah Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Bagi yang mahu mendapatkan rawatan di hospital swasta pula, terdapat beberapa pilihan seperti KPJ Kajang Specialist, Hospital Islam Az-Zahrah serta Hospital Pakar An-Nur yang boleh diakses oleh penduduk setempat.

Prospek Hartanah Masa Depan

Melihat kepada segala perkhidmatan dan kemudahan yang tersedia, Bangi dilihat sebagai sebuah bandar yang sangat sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari lokasi pilihan rumah kediaman.

Siapa sangka, sebuah bandar yang dahulunya dikelilingi tanaman kelapa sawit dan getah kini membangun dengan sangat pesat sehingga menjadi salah satu lokasi yang paling diburu oleh pelabur hartanah.

Dengan harga yang masih relevan, hartanah di Bangi disifatkan mempunyai potensi yang besar untuk dijadikan sebagai pelaburan.

Antara lokasi yang kini menjadi tumpuan ramai ialah Serene Heights, Bangi yang merangkumi keluasan tanah sekitar 448 ekar.

Mengambil tema “Simple Pleasures of Life”, kawasan kejiranan yang dibangunkan UEM Sunrise ini menjanjikan persekitaran yang mendamaikan buat para penduduknya.

Terbaru, sebuah projek yang dikenali sebagai Dahlia 2 bertemakan konsep Tropikal Moden Kontemporari telah dilancarkan dan dibuka untuk jualan.

Di bawah projek Dahlia 2 ini, sebanyak 74 unit rumah teres dua tingkat telah ditawarkan dengan keluasan binaan bermula daripada 2,165 hingga 2,480 kaki persegi.

Banner





Source link