Artikel Terkini

Bangun Pagi, Harga Minyak Mentah Dunia Dah Negatif!


Ketika wabak COVID-19 masih belum berakhir, buat pertama kali dalam sejarah, harga minyak mentah West Texas Index (WTI) yang menjadi kayu pengukur kepada harga minyak mentah dunia kini didagangkan jatuh ke bawah paras $0, iaitu ke paras negatif -$37.65 setong pada lewat Isnin.

Apakah maksudnya? Apakah kesannya? Kita bakal dapat minyak free ke?Ada netizen yang cakna, ada yang keliru.

Harga Minyak dunia jatuh USD11 per barrel and menghampiri negative price maksudnya pengeluar minyak kena bayar lagi kt…

Posted by Nael Sahlan on Isnin, 20 April 2020

Tenang guys.

Yang negatif adalah futures minyak WTI, pasaran hadapan minyak mentah yang diniagakan di Amerika Syarikat, bukan harga minyak Brent. WTI ialah penanda aras untuk Amerika Syarikat manakala Brent digunakan sebagai penanda aras untuk Eropah dan Asia yang sekarang harganya $25 (murah juga tu).

Macam mana boleh jadi negatif? Logiknya seluruh dunia sedang tak isi minyak. Kapal terbang tersadai. Kilang tak beroperasi. oleh sebab permintaan kurang dari bekalan, maka ada masalah tempat simpanan. Jadi para pedagang futures WTI terpaksa jual besar-besaran sampai jadi negatif.

Murah boleh jadi murah lagi. Harga minyak dunia makin murah, mungkin ini akan menjadi ‘new normal’. Dulu harga minyak mahal, sampai Amerika Syarikat sanggup berperang nak loji minyak Iraq.

Kita perlu risau ke? Secara langsung, tiada kesan harga minyak mentah WTI negatif ke atas Malaysia. Walaubagaimanapun, trend harga minyak mentah dunia selalunya seiringan. Jika WTI jatuh, Brent juga mempunyai kebarangkalian akan jatuh.

Apabila harga minyak jatuh, ini adalah mimpi ngeri kepada Petronas. Keuntungan Petronas akan terjejas. Apabila keuntungan Petronas terjejas, ini sekaligus mengurangkan cukai yang perlu dibayar oleh Petronas kepada negara. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Malaysia. Semoga negara kita mampu mencari sumber pendapatan yang lain selain dari kebergantungan kepada sumber minyak.

*Kepada para pedagang (traders), banyak isu berkaitan halal atau haram produk-produk derivatif seperti Forward, Futures (pasaran hadapan), Options, Swap, ETF dan CFD. Jemput tonton kompilasi video Derivatif Patuh Syariah?





Source link