Artikel Terkini

Bank Muamalat tawar moratorium sementara kepada pelanggan dan kakitangan terjejas oleh koronavirus



KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) menawarkan moratorium sementara sehingga enam bulan untuk bayaran ansuran bulanan ke atas kewajipan pembiayaan tertentu kepada semua pelanggan dan kakitangan, sebagai bantuan kepada mereka yang terjejas oleh koronavirus.

Dalam kenyataan pada Isnin, bank itu berkata skim tersebut terpakai untuk semua kemudahan pembiayaan kepada pelanggan individu dan perniagaan, berdasarkan merit setiap kes, dan disediakan sehingga 31 Julai, 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Khairul Kamarudin berkata: “Dalam tempoh seperti ini dan sebagai sebuah bank yang berteraskan kepada perbankan berasaskan nilai di bawah Maqasid Shariah, kami akan berusaha untuk meringankan beban pelanggan kami yang mungkin terjejas dalam pelbagai cara disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.”

Pelanggan dinasihatkan menghubungi 1-300-88-8787 atau mengunjungi cawangan terdekat untuk maklumat lanjut.

— BERNAMA





Source link

Related Posts