Artikel Terkini

Bank, Perniagaan Yang Untung Berbilion Setiap Tahun


Ada sini yang kerja dengan bank tak? Gaji tinggi, benefit tinggi, increment tinggi, bonus pun tinggi kan setiap tahun?

Sebab apa bank mampu untuk memberi banyak macam tu?

Ini kerana kalau diikutkan, bank adalah merupakan perniagaan yang untung berbilion ringgit setiap tahun.

Tengok sajalah keuntungan bersih yang dicatatkan oleh bank-bank terkemuka di atas.

Siapa yang takde akaun simpanan dengan Maybank? Soft toy harimau tu mesti ada kan?

Siapa yang takde buat pinjaman kereta dengan Public Bank?

Siapa yang takde kredit kat dengan CIMB? Atau souvenir dalam bentuk sotong tersebut?

Siapa yang tak buat pembiayaan rumah dengan Hong Leong Bank?

Siapa yang tak masuk gaji dengan RHB?

Siapa yang tak pernah tengok iklan Ambank? Masa kecik-kecik dulu mesti ada tabung unta tu kan?

Disebabkan ramai rakyat Malaysia yang banyak membuat pinjaman dengan bank-bank di atas, menggunakan kad kredit untuk tujuan pembelian sehingga hanya membayar kadar minima setiap bulan,

Lagi ramai pelanggan, lagi tinggii pendapatan, lagi tinggi keuntungan bank.

BIMB (Bank Islam) Pula Untung RM786.92 Juta Pada Tahun 2019

Mungkin tak cecah angka RM1 bilion, namun BIMB telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM786.92 juta, berbanding RM682.06 juta pada tahun 2018. Ianya merupakan peningkatan sebanyak 15.37% berbanding tahun sebelumnya.

Keuntungan AgroBank Pula Sedikit Menurun

Ramai yang suka dengan tindakan AgroBank untuk tidak mengenakan caj keuntungan tambahan ke atas pembiayaan untuk semua pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak moratorium automatik untuk enam bulan.

Sumber: Audited Financial Statements For The Year Ended 31 December 2018

Namun jika dilihat kepada prestasi Agrobank, keuntungan bersih menurun sedikit kepada RM133.982 juta bagi tahun 2018.

Adakah dengan tindakan ‘murni’ Agrobank untuk tidak mengenakan sebarang faedah bagi yang mengambil moratorium tersebut, bakal melihat lebih ramai pelanggan beralih kepada mereka?

Sumber Rujukan:



Source link