Uncategorized

Bantu uruskan 5 hal kewangan ini untuk orang tua anda


Pertama sekali, Tok nak mohon maaf terlebih dahulu.

Terutama sekali kat korang yang mak ayah dah temui Ilahi. Tak ada setitik niat dalam hati Tok nak singgung perasaan korang.

GH Masterclass

Mari sama-sama kita sedekahkan surah al-Fatihah untuk mereka.

Bagi yang masih sihat walafiat, Tok nak kongsikan 5 perkara berkaitan kewangan, yang korang boleh uruskan untuk mereka.

Mungkin ada mak ayah kita yang pakai gajet terkini seperti smartphone, tablet, laptop canggih, atau lain-lain.

Tapi, tak bermakna mereka tahu semua pasal alat dan instrumen kewangan yang ada pada masa kini.

Sebagai anak, kita tak mampu nak balas budi mereka membesarkan dan menjaga kita.

Ini adalah peluang terbaik korang untuk buktikan yang korang sayangkan mereka, tanpa sikit pun rasa berbelah-bagi.

Untuk permulaan, cari dan kumpulkan segala rekod kewangan mak ayah kita.

Perkara seperti surat ikatan (deeds), surat perjanjian (agreements), atau penyata bank adalah antara perkara penting yang kita boleh simpankan untuk mereka.

Sebab dokumen seperti ini akan kita gunakan untuk tentukan jumlah aset dan liabiliti mak ayah kita.

Dan ia wajib ada kalau-kalau mak ayah kita nak buat pembelian rumah, atau pinjaman pada masa akan datang.

Normal bagi kertas dokumen yang lama jadi usang dan sukar nak dibaca. Apatah lagi kalau dah berkurun tersimpan rapi dalam laci.

Lagi best, ada kertas yang dah rosak dan boleh hancur jadi debu bila kita sentuh. Kalau ada dokumen penting berkondisi seperti ni, kendalikan ia secermat mungkin.

Rumah korang ada ‘scanner’? Imbas dokumen penting ini dan simpan ia dalam bentuk digital.

Susun dan letakkan ia dalam satu fail khas dalam komputer, supaya mudah kita nak cari nanti.

Dan kalau ada dokumen yang dah dekat dengan tarikh pembaharuan, tandakan dokumen itu dan tetapkan tarikh untuk selesaikan dokumen itu secepat mungkin.

Dah jadi lumrah manusia. Bila dah semakin meningkat umur, kita cenderung untuk tukar banyak perkara.

Dan ini termasuk pelan bajet yang kita pernah berpegang pada waktu dulu. Sama juga dengan mak ayah kita.

Apa yang kita boleh buat, adalah dengan mengira dan tetapkan bajet yang terbaik untuk mereka.

Kurangkan perbelanjaan, dan lebihkan nilai dalam bajet ini.

Buat kajian bagaimana kita boleh baiki bajet sedia ada, supaya ia lebih terurus serta efisyen.

Kita boleh tahu duit masuk dan keluar mak ayah kita secara spesifik dengan cara ini.

Mungkin ada perbelanjaan yang tak sepatutnya berlaku, dan kita boleh berikan nasihat serta pandangan kita kat mereka.

Ada juga mak ayah yang jenis tak suka pakai duit anak-anak.

Kalau mereka jenis yang degil dan suka tolak bantuan kewangan daripada kita, tunjukkan hasil kajian dan kira-kira yang kita dah buat supaya mereka jelas.

Cara ini boleh tukar fikiran dan pandangan mereka.

Adalah perkara biasa. Semakin tua, semakin cepat lupa.

Kadang-kadang, ada saja yang kita terlepas pandang, dan masalah ini boleh berlaku kat semua orang.

Yang paling tak best, kalau tak kena masa, ia amat menyusahkan kita dan orang tua kita. Prioriti dan obligasi adalah isu kat sini.

Sebaik saja kita dah siapkan bajet untuk orang tua kita, bantu mereka dengan set bayaran secara automatik untuk mana-mana perkara yang patut.

Bil dan bayaran kad kredit boleh kita setkan untuk dijelaskan secara automatik. Dengan ini, mereka tak payah risau pasal terlepas tarikh bayaran yang dah ditetapkan.

Sumbangan kita untuk duit bulanan orang tua kita pun boleh kita setkan guna cara ini. Ia lebih mudah dan praktikal.

Mereka tak perlu bertanya, dan tak perlu risau sama ada duit dah masuk atau tak.

Ini dapat berikan kelebihan kat mereka dari segi kewangan. Lagipun, mereka lebih dari layak untuk nikmati hidup selepas persaraan.

Dan ini semua masih tak cukup nak balas budi dan jasa mereka, kan?

Mak ayah kita lebih makan garam dulu daripada kita.

Tapi, ini bukan sebab kita tak layak bantu mereka dalam bab pelaburan.

Paling kurang pun, kita boleh bantu mereka uruskan pelaburan mereka.

Sama seperti tip sebelum ini, kita boleh automasikan transaksi tertentu seperti ‘fixed deposit’ atau ‘mutual funds’.

Kalau orang kita bukan seorang pelabur, kita boleh beritahu dan ‘slow-slow’ ajar mereka untuk bermula.

Kongsikan bahan bacaan yang ada kat blog kewangan, sebagai langkah permulaan untuk buatkan mereka berminat.

Selain itu, boleh juga kalau nak kongsikan kisah seram pasal orang yang tak melabur dengan betul.

Hanya sebab bil dibayar secara automatik dan berbelanja dengan bajet yang terurus, tak bermakna orang tua kita bebas daripada masalah kewangan yang lain.

Bahaya kalau mereka tak punya maklumat tentang teknologi moden terkini dan keadaan semasa dunia.

Ini antara sebab utama mereka mudah ditipu oleh ‘scammers’ yang bebas bermaharajalela.

Banyak ‘scammers’ suka jadikan orang tua sebagai target mereka.

Antara langkah yang boleh diambil, adalah dengan jelaskan kat mereka pasal jenis-jenis penipuan yang pernah berlaku.

Tunjukkan kat mereka sumber yang ada dalam Internet dan surat khabar tentang masalah ini. Supaya mereka boleh jadikan ia sebagai rujukan, dan dapat elakkan diri mereka jadi mangsa.

Sediakan diri kita setiap masa, kalau-kalau mereka nak tanya pasal sesuatu yang berkaitan dengan pelaburan, tak kira melalui telefon, mesej, atau emel.

Elakkan situasi ‘nasi dah jadi bubur’.

‘Scammers’ sentiasa akan cuba sesuatu yang baru setiap hari, dan cara yang terbaik adalah menjaga mereka dalam bab ini. Supaya kita boleh tangani sebarang isu yang mungkin timbul.

Korang suka tak perkongsian Tok kali ini?

Kalau nak ikutkan, semua ini masih tak cukup nak balas kasih sayang dan jasa mereka menjaga dan besarkan kita.

Tak patut kita tunggu nak balas balik jasa mereka. Korang boleh mulakan sekarang juga, lepas selesai baca perkongsian ini.

Bagi yang tak berkesempatan, tak apa. Yang terbaik korang boleh buat adalah doakan mereka, supaya mereka dapat tempat kat kalangan orang yang beriman dan disayangi Allah S.W.T.

Tok tahu. Korang semua adalah anak yang baik-baik dan soleh/solehah, kan? =)



Source link