Artikel Terkini

Bayi kerap menangis akibat perut tidak selesa? Ini 7 tip elak bayi kembung perut



BAGI anda yang mempunyai anak kecil di rumah, pernah atau tidak anda berdepan dengan situasi bayi menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas?

Situasi itu kadang-kala meresahkan si ibu yang menjaganya terutama bagi bayi yang hanya berusia dua hingga tiga minggu.

Teori yang tepat adalah kerana bayi itu mengalami masalah kembung perut. Selain alah kepada laktosa, ia juga berpunca daripada ususnya yang belum matang.

Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan ‘angin’ yang berlebihan.

Menurut perangkaan ratio, dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Hasil pencarian maklumat di portal MyHealth, meskipun tiada rawatan yang khusus, namun tujuh tip ini boleh diamalkan bagi mengelakkan bayi kembung perut.

Teknik penyusuan yang betul

Para ibu perlu mengambil tahu posisi penyusuan yang betul untuk mengelak bayi tertelan ‘angin’.

Jika bayi menyusu badan, teruskan penyusuan susu ibu tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein.

Puting susu yang sesuai

Saiz puting memainkan peranan penting untuk aliran susu. Bagi bayi yang menghisap susu botol, amalkan teknik penyusuan yang betul.

Pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.

Tukar susu formula

Terdapat juga bayi yang alah pada susu lembu atau susu laktosa.

Namun, segera dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi menunjukkan masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.

Sendawakan bayi selepas menyusu

Jika bayi kurang disendawakan, ia akan menyebabkan ‘angin’ terperangkap dalam perut. Teknik sendawakan bayi ini boleh diamalkan tidak kira samada bayi menghisap susu botol atau susu badan.

Elak makanan ‘berangin’

Seperti dinyatakan sebelum ini, ibu menyusu hendaklah mengelakkan dari memakan makanan seperti kubis, brokoli, kafein dan sumber tenusu.

Sentuhan hangat

Walaupun, tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut, anda boleh mencuba ubat untuk ‘angin’ atau ‘colic’ dan sejenis ubat bernama ‘dimethicone’ bagi mengurangkan rasa kembung.

Kerap mengurut bayi dengan minyak aromaterapi supaya dia rasa selesa.

Amalkan senaman bayi

Untuk menghilangkan angin di dalam badan, bayi juga perlu bersenam. namun , senaman perlulah mengikut cara yang betul.

Tonton video berikut untuk melihat cara senaman yang betul untuk bayi:





Source link