Uncategorized

BD Lancar Pencegahan Risiko Jangkitan dan Kesilapan Ubatan dalam Terapi IV (PRIME) di Asia

BD Lancar Pencegahan Risiko Jangkitan dan Kesilapan Ubatan dalam Terapi IV (PRIME) di Asia 1


SINGAPURA, 29 April 2019 /PRNewswire/ — BD (Becton, Dickinson and Company), sebuah syarikat teknologi perubatan global yang terkemuka, melancarkan program keselamatan pesakit baharu untuk hospital-hospital yang dikenali sebagai Pencegahan Risiko Jangkitan dan Kesilapan Ubatan dalam Terapi IV (PRIME). Bertujuan untuk menangani dua cabaran utama dalam persekitaran hospital – pencegahan jangkitan dan keselamatan pengubatan – PRIME dibangunkan oleh Joint Commission International for Patient Safety, dengan tajaan BD.

BD Lancar Pencegahan Risiko Jangkitan dan Kesilapan Ubatan dalam Terapi IV (PRIME) di Asia 2
Ahli BD dan JCI bersama-sama rakan kongsi Hospital di majlis pelancaran PRIME di Seoul, Korea.

Mengulas tentang permulaan PRIME oleh JCI bersama BD, Dr. Marwa J. Zohdy, naib presiden, Global Consulting Services, Joint Commission Resources/Joint Commission International (JCI) berkata, “Persediaan dan pemberian ubatan adalah penting untuk penjagaan pesakit yang selamat dan berkualiti tinggi di seluruh dunia. Di JCI, kami menyedari keperluan asas untuk pembinaan keupayaan berasaskan bukti berhubung topik ini dan program PRIME yang unik dapat menangani keperluan tersebut. Pakar-pakar terkemuka daripada JCI dengan sokongan BD telah mewujudkan kurikulum praktikal yang akan memupuk kemahiran kritikal.”

Pendekatan programatik yang unik ke arah keselamatan pesakit akan dilaksanakan sepanjang tempoh enam bulan, yang terdiri daripada penetapan matlamat, kajian semula kemajuan yang berterusan, tele-perundingan bersama pakar dan kemas kini saintifik melalui webinar. Hospital-hospital akan diberi perakuan apabila dapat menyelesaikan program ini dengan jayanya.

Raymond Chow, naib presiden untuk Asia Tengah di BD berkata, “Pemberian ubatan melalui laluan invasif mempunyai risiko-risiko unik. Khususnya di negara-negara yang baru berkembang, risiko-risiko berkenaan mungkin lebih besar lantaran kurangnya kesedaran, piawaian, penilaian kemahiran dan penerimaan teknologi serta amalan yang selamat. PRIME ditetapkan untuk menangani risiko-risiko ini yang seringkali tidak sedari disebabkan oleh kurangnya fokus atau pengetahuan tentang proses-proses yang diperkemas dalam pengurusan ubatan.”

PRIME dilancarkan secara rasmi antara 22-26 April di negara-negara berikut: Korea Selatan, Jepun, MalaysiaThailandIndonesia, Filipina, Vietnam dan India. Setakat ini, 21 hospital terkemuka telah mendaftar untuk menyertai program ini.

Latar Belakang BD

BD ialah salah sebuah syarikat teknologi perubatan global yang terbesar di dunia dan memajukan dunia kesihatan dengan meningkatkan penemuan perubatan, diagnostik dan penyampaian penjagaan. Syarikat menyokong wira-wira barisan hadapan bidang penjagaan kesihatan dengan membangunkan teknologi, perkhidmatan dan penyelesaian inovatif yang membantu memajukan terapi klinikal untuk pesakit dan proses klinikal untuk penyedia penjagaan kesihatan. BD dan 65,000 kakitangannya mempunyai minat dan komitmen untuk membantu meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan proses penyediaan penjagaan oleh pakar perubatan, mendayakan saintis-saintis makmal untuk mengesan penyakit dengan tepat dan memajukan keupayaan penyelidik untuk membangunkan diagnostik serta terapeutik generasi seterusnya. BD berada hampir di setiap negara dan bekerjasama dengan organisasi-organisasi seluruh dunia untuk menangani beberapa isu kesihatan global yang paling mencabar. Dengan menjalin kerjasama yang erat bersama pelanggan, BD dapat membantu meningkatkan hasil, merendahkan kos, meningkatkan kecekapan, menambah baik keselamatan dan meluaskan akses kepada penjagaan kesihatan. Untuk maklumat lanjut tentang BD, sila kunjungi bd.com.

Sumber: BD

BD Lancar Pencegahan Risiko Jangkitan dan Kesilapan Ubatan dalam Terapi IV (PRIME) di Asia 3

Komen

komen





Source link