Uncategorized

Belanjakan bonus, gaji awal dengan bijak – Perunding kewangan

Belanjakan bonus, gaji awal dengan bijak - Perunding kewangan 1



Belanjakan bonus, gaji awal dengan bijak - Perunding kewangan 2

KUALA LUMPUR: Ingat! Langsaikan dahulu komitmen kewangan anda dan berbelanjalah dengan bijak.

Itu saranan perunding kewangan, Shamsuddin Abdul Kadir, khusus buat penjawat awam yang bakal menerima bonus, serta gaji lebih awal menjelang musim perayaan Aidilfitri ini.

Menurutnya, ramai yang memandang rendah kepentingan memiliki dua akaun simpanan.

“Pertama, selesaikan semua ansuran dahulu, supaya kita tak tersalah guna untuk benda-benda lain.

“Kedua, pindahkan duit itu ke akaun lain, bukan akaun di mana gaji masuk.

“Sebagusnya, kita ada dua akaun di bank. Satu untuk gaji, satu untuk back-up kita.

“Bagi yang selalu terbabas, boleh guna duit akaun ke-2 itu untuk beli barang keperluan asas bulan depan, seperti beras, telur dan sebagainya.

“Ini untuk mengelakkan keadaan apabila masuk bulan depan, duit dah habis dibelanjakan semasa raya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Shamsuddin turut mengingatkan penjawat awam yang menerima bonus supaya bijak mencambahkan duit tersebut.

Katanya, walaupun sering digelar ‘bonus raya,’ wang yang bakal diberi kerajaan itu tidak seharusnya dihabiskan untuk perbelanjaan perayaan.

“Kita beli persiapan raya yang cukup syarat sahaja, jangan beli berlebihan.

“Buat tinjauan di dua tiga kedai, kalau benda yang sama, cari harga yang lebih murah.

“Biasanya, biskut raya yang sama, ada yang dijual pada harga RM40, ada RM35. Jumlah dan rasanya sama saja.

“Dan sebolehnya, ambil minimum 10 peratus atau RM100, untuk dimasukkan ke dalam akaun pelaburan, supaya tak semua duit bonus itu dileburkan ketika raya nanti,” tambah Shamsuddin.

Setakat ini, kerajaan negeri Pulau Pinang, Johor dan Sarawak telah mengumumkan bonus buat kakitangan masing-masing sempena Aidilfitri.

Bagaimanapun masih tiada pengesahan sama ada bonus akan turut diberi kepada penjawat awam di peringkat persekutuan.





Source link