Artikel Terkini

Belanjawan 2020 Dah Pun Dibentangkan, Nak Dengar Komen Pakar Mengenai Kesannya Kepada Ekonomi Dan Pasaran Modal?


Belanjawan 2020 telah pun dibentangkan pada hari Jumaat yang
lalu oleh YB Tuan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia. Ianya
merupakan belanjawan yang seimbang, sesuai dengan temanya, “Kemakmuran Bersama:
Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan
Tinggi’.

Terdapat empat teras utama yang menjadi penekanan kerajaan
bagi Belanjawan 2020, iaitu:

1. Memacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era
Digital

2. Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan

3. Mewujudkan Masyarakat yang Bersatu, Inklusif dan Saksama

4. Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam

Pelbagai reaksi diperolehi daripada rakyat Malaysia, ada
yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju.

Di antara highlights
belanjawan yang melibatkan ekonomi dan pasaran modal adalah:

  • Imbangan pembayaran Malaysia kekal positif,
    dengan lebihan akaun semasa RM43.4 bilion dan rizab antarabangsa RM431.3 bilion
  • Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan
    pertumbuhan KDNK dalam separuh tahun pertama 2019 4.7%, dengan pertumbuhan 4.9%
    dalam suku kedua
  • Kerajaan berjaya mengawal inflasi pada 0.2%
    dalam tempoh separuh pertama 2019, berbanding 1% pada 2018 dan 3.7% pada 2017
  • Kadar inflasi 2019 dijangka pada 0.9%
  • Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST
  • FDI yang diluluskan telah meningkat 47% kepada
    RM80.1 bilion pada 2018 berbanding dengan RM54.4 bilion pada 2017.- “Perang
    perdagangan yang berlarutan mewujudkan peluang yang unik untuk Malaysia kembali
    menjadi destinasi pilihan utama bagi FDI yang mempunyai nilai tambah
    tinggi”
  • Kerajaan akan menawarkan pakej galakan pelaburan
    istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada
    syarikat tempatan yang berupaya menebus pasaran dunia
  • Kerajaan akan menyediakan pakej galakan
    pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun
    untuk menarik syarikat Fortune 500 dan ‘global unicorns’ dalam sektor
    berteknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu
  • Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM10
    juta kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
    meningkatkan pemantauan dan memastikan pelaburan direalisasikan selepas
    diluluskan

Kalau ikutkan, memang banyak lagi intipati Belanjawan 2020
ni. Nak senaraikan pun terlalu panjang. Jadi apa kata, kita ambil peluang untuk
dengarkan ulasan mereka yang pakar bab ekonomi ini berbicara. Dapatkan
kesimpulan dan pandangan mereka berkenaan topik hangat ini.

Jemput Hadir Ke Bicara Mengenai Pasca Belanjawan 2020 Daripada Pakar
Ekonomi

This image has an empty alt attribute; its file name is 71322811_2635942129798573_8406692157368303616_n-700x700.jpg

Bagi mereka yang berminat untuk mendengar kupasan daripada pakar-pakar ekonomi, datanglah beramai-ramai ke Post Budget 2020: Outlook and Perspectives For The Economy & Capital Market Businesses yang akan dianjurkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Ianya bakal diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019.

Acara ini akan dihadiri YB Dr. Ong Kian Ming yang merupakan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kamarul Bahrin Haron, Naib Ketua Editor Astro Awani, selaku moderator pada hari tersebut. Kita juga bertuah kerana akan terdapat 4 orang pakar ekonomi yang akan memeriahkan majlis tersebut.

Mereka yang dimaksudkan adalah Johan Mahmood Merican,
Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara daripada Kementerian Kewangan; Dr. Mohd
Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia; Lee Jim Leng,
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank; dan Dr.
Veerinderjeet Singh, Pengerusi Kumpulan Axcelasia Inc.

Daftar Sekarang

Samada anda seorang ahli ekonomi, pelabur atau orang awam
sekalipun; acara ini memang sesuai untuk anda dapatkan maklumat lanjut
berkenaan Belanjawan 2020.

Harga tiket adalah seperti berikut:

RM550 harga biasa untuk seorang
RM450 seorang untuk kumpulan sepuluh lebih orang

Layari Ticket2U atau https://budget2020.sidc.com.my/ untuk pendaftaran atau hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 / 8664 untuk maklumat lanjut.

Kita jumpa hari Jumaat, 18
Oktober 2019 ini di Bukit Kiara. Daftar sekarang, kerana tempat adalah terhad.

Komen

komen





Source link