Artikel Terkini

Belanjawan 2020 Semakin Menghampiri, Apa Yang Boleh Kita Harapkan


Belanjawan datang lagi, dan semestinya ia merupakan tarikh
yang dinanti-nantikan satu negara. Hari Jumaat, 11 Oktober 2019 adalah
tarikhnya. Selepas solat Jumaat, lebih tepat lagi.

Bangunan Parlimen semestinya menjadi tumpuan, dan YB Tuan
Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Belanjawan
2020 pada hari tersebut.

Apa Yang Boleh Kita Harapkan?

Pakatan Harapan telah pun mengambil alih tampuk pemerintahan
sejak Mei 2018 selepas kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Setelah setahun lebih memerintah, pastinya mereka berada dalam keadaan yang
lebih baik untuk membuat perancangan yang terbaik untuk negara.

Jadi apakah yang boleh kita harapkan dalam Belanjawan 2020
yang akan datang?

Untuk itu, jom kita ikuti berita-berita panas yang menjadi
bualan orang ramai lagi beberapa hari menjelang pembentangan tersebut.

1. Bantuan Sara Hidup (BSH) Yang Lebih Baik?

Jika sebelum ini kita ada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M),
kemudiannya ia ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah kerajaan
Pakatan Harapan. Penerima BSH telah berkurangan dan kadar yang diterima mereka
yang layak juga semakin berkurangan.

Mungkinkah ada berita baik untuk golongan B40 terutamanya? Kita
tunggu dan lihat.

2. Gaji Wajar Untuk Semua

Sebelum ini gaji minima ditetapkan pada paras RM1,100, dan
ianya tindakan yang baik. Namun, jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang
semakin meningkat, ianya pasti tidak munasabah.

Sebab itulah, Bank Negara Malaysia telah menetapkan Gaji
Wajar sebagai benchmark kita semua sebagai rakyat Malaysia. Bagi seorang
individu bujang yang menetap di Kuala Lumpur, gaji wajar adalah sebanyak
RM2,700.

Masalahnya, lebih daripada 50% rakyat Malaysia mempunyai
gaji di bawah RM2,500; maka adalah wajar agar gaji dinaikkan.

3. Turunkan Harga Rumah

Dengan lambakan rumah yang tidak terjual semakin meningkat
saban tahun, perlu ada mekanisme bagi menurunkan harga rumah. Walaupun terdapat
beberapa inisiatif yang dibuat pihak kerajaan, namun masih tidak berapa
berkesan untuk menanganinya.

Sudah tiba masanya pemaju membina rumah dan menjualnya pada
harga yang mampu milik, bukan mampu tengok saja. Tetapi ia perlu campur tangan
kerajaan bagi memastikan ia benar-benar berlaku.

4. GST 2.0 Akan Kembali?

Defisit belanjawan akan berterusan, dan ada gesaan daripada
beberapa belah pihak untuk memperkenalkan semula Goods and Services Tax atau GST. Ini kerana ia mampu memberikan
pendapatan tambahan bagi kerajaan, seterusnya dapat menampung defisit kerajaan.

Walaupun ianya pahit ditelan, kerana kita telah bertukar
kepada Sales and Services Tax (SST); namun ianya mungkin terpaksa dilaksanakan
semula. Kalau dulu kita dikenakan pada kadar 6%, mungkin boleh diperkenalkan
dengan kadar yang lebih rendah iaitu 3%.

Acara Pasca Belanjawan 2020, Dengar Pendapat Pakar Ekonomi

SIDC Budget FPB 270919 700x491 - Belanjawan 2020 Semakin Menghampiri, Apa Yang Boleh Kita Harapkan

Bagi mereka yang berminat untuk mendengar kupasan daripada pakar-pakar ekonomi, jemput hadir ke acara Post Budget 2020: Outlook and Perspectives For The Economy & Capital Market Businesses yang dianjurkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC) dan akan berlangsung di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019.

Ianya akan menampilkan YB Dr. Ong Kian Ming yang merupakan
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan
Kamarul Bahrin Haron, Naib Ketua Editor Astro Awani, yang akan menjadi
moderator.

4 orang pakar ekonomi juga akan bersiaran secara langsung
dengan kita, iaitu Johan Mahmood Merican, Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara
daripada Kementerian Kewangan; Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi
Bank Islam Malaysia; Lee Jim Leng, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif
Hong Leong Investment Bank; dan Dr. Veerinderjeet Sing, Pengerusi Kumpulan
Axcelasia Inc.

Daftar Sekarang

Samada anda seorang ahli ekonomi, pelabur atau orang awam
sekalipun; acara ini memang sesuai untuk anda dapatkan maklumat lanjut
berkenaan Belanjawan 2020.

Harga tiket adalah seperti berikut:

RM550 harga biasa untuk seorang
RM450 seorang untuk kumpulan sepuluh lebih orang

Layari Ticket2U atau https://budget2020.sidc.com.my/ untuk pendaftaran atau hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 / 8664 untuk maklumat lanjut.

Kita jumpa nanti pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019 di Bukit
Kiara. Daftar sekarang, kerana tempat adalah terhad.

Banner 1000x300 02 hi home - Belanjawan 2020 Semakin Menghampiri, Apa Yang Boleh Kita Harapkan

Ads 300x250 b2 - Belanjawan 2020 Semakin Menghampiri, Apa Yang Boleh Kita Harapkan

Komen

komen





Source link