Artikel Terkini

Beli 7 Barang Ini Untuk Penjimatan Jangka Panjang


Ada yang baru dapat bonus atau kenaikan gaji? Ada duit lebih sikit, tapi takut nak belanja ke tempat yang bukan-bukan?

Apa kata kita tengok beberapa barang yang boleh dikatakan ‘mahal’ sikit, tapi sangat berbaloi dan boleh mendatangkan penjimatan untuk tempoh jangka masa panjang.

Panduan ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga mahu pun bujang. Apabila memulakan kehidupan, kita tak dapat lari daripada membeli barangan ini untuk kemudahan akan datang.

Boleh bermula dengan barangan biasa, tak perlu mahal-mahal. Sikit-sikit kita kumpul untuk kebaikan dan penjimatan keluarga. Sampai satu tahap apabila sudah mampu, boleh bertukar ke barangan yang berkualiti dan tahan lama.

1. Periuk Nasi

Benda asas perlu ada dalam setiap rumah. Jika ada wang yang lebih boleh labur sedikit periuk nasi serba guna dan menjimatkan masa.

Periuk Noxxa yang popular menjimatkan masa dan boleh siap dalam masa 5 minit, rendang pun boleh siap dalam masa 45 minit. Harga pasaran dalam RM750 dan kalau boleh tahan selama 10 tahun serta dapat menjimatkan masa untuk memasak; ianya merupakan pembelian yang sangat berbaloi.

2. Seterika

Budaya di Malaysia ini kebanyakan pakaian kita perlu digosok. Baju anak sekolah, baju kerja, baju suami, tudung dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya kita mengambil masa yang agak lama juga untuk menggosok pakaian.

Boleh kita labur sedikit membeli iron yang best sikit. Iron Philips ini apabila digunakan terus melicinkan 2 bahagian pakaian, depan dan belakang.

Contoh kita gosok baju kemeja, kita butangkan sahaja bahagian depan dan apabila kita gosok di depan, didapati bahagian belakang turut bergosok.

Ada teknologi optimalTEMP yang bermakna kita tidak perlukan setting apa-apa, gosok saja dan ada waranti baju tak akan terbakar!

Tiada lagi alasan baik lelaki, perempuan atau pun anak-anak untuk gosok baju sendiri. Harga untuk penjimatan jangka panjang ini adalah RM2,200.

3. Air Berfilter

Air yang bersih sangat penting untuk kesihatan. Jika baru mula hidup kita gunakan pemanas air untuk minuman. Namun atas faktor masa, kebersihan dan juga servis, kita boleh labur sedikit menggunakan perkhidmatan seperti Coway, Cuckoo dan yang seangkatan dengannya.

Ada yang berharga RM2,000-RM4,000, dan ada yang boleh dibayar ansuran serta mempunyai servis percuma daripada mereka.

Kira oklah daripada nak berjimat, lepas tu servis pula kena keluarkan wang lagi.

4. Mesin Pembuat Kopi

Jika ke pusat membeli-belah, adakala kita akan singgah ke kedai kopi untuk menghilangkan rasa dahaga atau bertemu klien. Sekali minum dalam RM20-RM30. Sesekali tidak mengapa, kalau setiap hari memang pecah poket.

Boleh saja beli mesin pembuat kopi ini di rumah atau pejabat dan beli saja serbuk kopi. Mesin Kopi jenama Breville ini adalah salah satu produk terbaik tahun 2019 mengikut ulasan dari gearpetrol.com. Harganya dalam RM1,000.

5. Mesin Basuh

Ini juga barang penting yang menjadi keperluan hidup kita. Tak sanggup nak basuh guna tangan dan kalau hantar dobi juga keluarkan kos. Memang ada dobi 24 jam, namun memakan masa dalam sejam juga untuk siap basuh dan keringkan. Nak lipat lagi?

Boleh cari mesin basuh kualiti yang bagus, ada waranti dan tahan lama.

6. Peti Ais

Peti ais juga merupakan pembelian yang menjimatkan untuk jangka masa panjang. Pembelian bahan mentah untuk memasak boleh disimpan did alam peti ais.

Ada juga barangan yang boleh disimpan di dalam peti ais selepas digunakan agar ia tahan lama.

7. Tilam

Bagi yang baru mulakan hidup, mungkin kita hanya guna tilam toto untuk tidur. Biasalah kan, baru nak mula hidupkan.

Usaha kumpul duit beli tilam untuk tidur kerana ia melibatkan kesihatan tulang, dan tidur yang nyenyak boleh menyebabkan kita bangun dengan segar dan bersedia untuk menempuh hari yang mencabar.

Ada duit lebih lagi, jom upgrade tilam. Kenapa kita suka pergi tidur di hotel?

Salah satu faktornya adalah keadaan tilam yang empuk dan bantal yang gebu membuatkan kita tidur lebih lena dan selesa.

Dalam banyak-banyak barang di atas, yang mana satu menjadi idaman kalbu?

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu



Source link