Uncategorized

Beli lebih 3 biji rumah dalam tempoh kurang 2 tahun?

Beli lebih 3 biji rumah dalam tempoh kurang 2 tahun? 1


Tok berani confirm. Kalau kita bijak uruskan kewangan dengan baik, susah kita “terpaksa” jatuh miskin.

Betul. Tentu saja perkara ini bergantung kat rezeki Allah S.W.T. Tapi kalau kita sendiri tak sulamkan sebarang usaha dan tindakan, memang kita tak akan mencapai matlamat kewangan yang kita nakkan.

GH Masterclass

Banyak yang kita boleh belajar daripada kisah orang lain pasal perkara ini. Ikuti perkongsian Tuan Hamba Tuhan ini dalam usaha menyelesaikan masalah kewangan klien beliau.

Saya nak kongsikan apa yang berlaku sewaktu saya buat sesi personal coaching 1-on-1 dengan klien saya.

Berikut adalah biodata kewangan klien:

  • suami bekerja dalam industri oil and gas (gaji bersih = RM8,500 sebulan),
  • isteri kerja kerajaan (gaji bersih = RM1,282 sebulan),
  • suami ada komitmen bank (kena bayar 2 buah kereta, 2 personal loan, dan 1 loan ANGKASA atas nama isteri. Total komitmen = RM4,000 sebulan),
  • mampu menyimpan RM800 sebulan saja,
  • simpanan semasa = RM1,500 saja,
  • cuma ada sebuah rumah.

Lepas saya dah structure balik kewangan mereka:

  • pasangan ini dah boleh menyimpan sebanyak RM4,000 setiap bulan,
  • hutang kereta, 2 personal loan, dan ANGKASA selesai dibayar,
  • dapat membeli 4 biji rumah,
  • berjaya mengumpul tunai RM60,000,
  • dan semua ini berlaku dalam tempoh masa kurang 2 tahun.

Saya terangkan komitmen mereka masing-masing secara lebih terperinci kat bawah ni.

Ini komitmen si suami kena tanggung:

1) Kereta pertama: RM1,500 sebulan (baki hutang RM67,000),

2) kereta ke-2: RM600 sebulan (baki hutang RM40,000),

3) Personal loan pertama: RM300 sebulan (baki hutang RM4,500),

4) Personal loan ke-2: RM550 sebulan (baki hutang RM17,700),

5) Rumah: RM2,415 sebulan (baki hutang RM430,000 dan MV (market value) semasa sekitar RM780,000). Rumah ini dalam proses untuk dijual.

Komitmen si isteri pula seperti berikut:

1) ANGKASA: RM1,173 sebulan (berbaki RM150,000). Pinjaman ni masuk dalam payslip.

Dari sudut perbelanjaan bulanan mereka pula:

  • Kos makan dan minum: RM800 sebulan,
  • tempat tinggal: RM1,750 sebulan,
  • pengangkutan: RM1,000 sebulan,
  • segala bil yang ada: RM1,100 sebulan,
  • duit untuk mak ayah, pengasuh, barang keperluan anak, dan lain-lain: RM1,500 sebulan.

Total semua kos ini adalah RM5,950 sebulan.

Ini pula aset yang mereka ada:

  • cash flow: RM800 sebulan (disimpan setiap bulan),
  • simpanan Tabung Haji: RM1,500,
  • KWSP Akaun 2: RM9,500,
  • hartanah: RM350,000 (ini adalah untung bersih daripada hasil menjual rumah ke-5. Sekarang, pasangan ini duduk menyewa).

Strategi #1:  Gunakan tunai daripada penjualan rumah untuk langsaikan hutang ANGKASA atas nama isteri.

Jadi:

  • Baki tunai: RM350,000 – RM150,000 =
  • RM200,000.

Bila dah selesaikan hutang ini, bermakna cash flow mereka akan bertambah menjadi:

  • RM800 + RM1,173 = RM1,973 sebulan.

Strategi #2: Beli 2 biji rumah yang berharga 10% bawah MV atas nama isteri, dalam range harga bawah RM150,000 sebuah

Kos yang mereka perlukan sekitar RM30,000 untuk membeli 2 buah rumah ini. Bila dah beli, saya suggest untuk sewakan rumah ni.

Target game yang nak dicapai adalah nak mantapkan cash flow.

Kira-kira untuk perkara ini:

  • RM200,000 (baki tunai yang ada) – RM30,000 =
  • RM170,000.

Nota: Saya buat anggapan yang rumah tak ada cash flow, dan hanya cukup untuk cover installment bulanan.

Strategi #3: Langsaikan 1 hutang kereta dan personal loan

Dengan gunakan baki tunai yang pasangan ini ada:

  • RM170,000 – RM71,500 (jumlah hutang kereta dan personal loan) =
  • Baki terkini = RM98,500.

Bila dah selesaikan hutang, cash flow akan bertambah jadi:

  • RM1,973 + RM1,500 + RM1,300 = RM3,773 sebulan.

Strategi #4: Tambah 2 biji rumah lagi (harga 10% below MV) atas nama suami

Rumah ini pula berada dalam range harga RM300,000 sebuah. Kos akan jadi sekitar RM30,000 untuk 2 buah rumah, dan rumah ini akan disewakan.

Taget game yang nak dicapai adalah capital gain.

Jadi, baki tunai terkini pasangan ini adalah:

  • RM98,500 – RM30,000
  • baki terkini = RM68,500.

Strategi #5: Pecahkan jumlah baki terkini jadi 2 bahagian

Saya suggest kat mereka pecahkan jumlah baki ini:

a) RM15,000 sebagai wang kecemasan,

b) RM53,500 untuk buat ASB 1 dan 2 (loan yang bernilai RM800,000) atas nama suami isteri.

Lepas tempoh 1tahun, terminate ASB dan dapatkan profit sekitar RM16,000.

Lepas tu, selesaikan baki hutang personal loan guna dividen ini dan surrender value dari ASB saja.

Dengan ini, baki tunai semasa akan jadi RM68,500 (berdasarkan modal asal loan ASB RM800,000 dan simpanan kat Tabung Haji).

Tak cukup it, cash flow pasangan ini juga akan bertambah menjadi:

  • RM3,773 + RM550 =
  • RM4,323 sebulan.

Hanya dalam tempoh masa kurang 2 tahun, pasangan ini berjaya dapatkan:

  • 4 biji rumah yang kini disewakan,
  • cash flow sebanyak RM4,323 sebulan (dan jumlah ini mereka boleh rolling dalam pelaburan hartanah, ASB, Unit Trust, saham, dan sebagainya,
  • simpanan tunai sebanyak RM68,500,
  • hutang yang tinggal cuma 1 pinjaman kereta saja. Saja saya tak langsaikan supaya pasangan ini beringat bila nak buat hutang jahat.

Pada pandangan peribadi, Tok suka perkongsian ini. Kita boleh nampak jelas setiap strategi yang membantu klien beliau mengubah nasib kewangan menjadi lebih hensem dan ohsem.

Dan kalau Tok bagi “5 Ha” (ya, Tok pun layan Maharaja Lawak), korang pun pasti akan dapat manfaat yang sama daripada perkongsian ni.

Korang ada kenal kawan-kawan yang tengah berusaha nak betulkan kewangan? Kongsikan artikel ini kat mereka. In Shaa Allah ia dapat membantu.



Source link