Artikel Terkini

Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islamik Adalah Jauh Lebih Baik


Hari ini, pembiayaan Islamik semakin popular bukan sahaja di kalangan pengguna beragama Islam, bahkan telah berkembang luas ke pengguna bukan Islam di Malaysia.

Pembiayaan Islamik di Malaysia berteraskan konsep mengelak daripada sebarang urus niaga berunsur riba. Sebagai ganti, konsep jual beli kepada peminjam dengan kadar keuntungan yang dipersetujui telah diperkenalkan, sebagai ganti kepada faedah dan kadar faedah pinjaman konvensional.

Baca : Bank Mana Paling Bagus Untuk Mohon Loan Perumahan? Staff Bank Ini Kata Ada 10 Faktor

Buat pengetahuan anda, Malaysia sering dijadikan panduan di dalam produk kewangan patuh Syariah, dengan kadar pertumbuhan pembiayaan Islamik adalah pada angka 11% berbanding 3.3% untuk pinjaman konvensional pada tahun 2018.

Setakat Januari 2019, 32% pembiayaan di Malaysia adalah daripada pembiayaan Islamik.”

Sejarah Perbankan Islam Di Malaysia

Sebenarnya perbankan Islam telah bermula sejak tahun 1963 lagi apabila Mit Ghamr Local Saving Bank diwujudkan di Mesir.

Selepas kejayaan Tabung Haji membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji pada tahun 1963, maka tercetuslah idea oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz untuk mewujudkan perbankan Islam di Malaysia.

Hasilnya, Kabinet telah meluluskan penubuhan bank Islam pertama di Malaysia pada tahun 1983, yang dikenali Bank Islam Malaysia Berhad.

Dan penubuhan Islamic Development Bank (IDB) di Jeddah, Arab Saudi pada sidang Menteri Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), telah menjadi pemangkin kepada kewujudan perbankan Islam di serata dunia.

Baca : Apa Yang Best Sangat Dengan Kad Kredit Islamik?

Hasil daripada kejayaan ini, masyarakat beragama Islam kini mempunyai alternatif pembiayaan Islamik selain daripada pinjaman konvensional.

Aktiviti kewangan
selepas dari penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad seperti pembiayaan perbankan,
pajak gadai dan insurans telah menjadi semakin rancak.

Kesannya, bank konvensional sedia ada turut serta dalam menawarkan produk-produk perbankan yang berasaskan Islam untuk manfaat dan faedah umat Islam di Malaysia.

Elemen Dalam Islamic House Financing

Terdapat tiga elemen utama dalam Islamic House Financing yang menjadikannya patuh Syariah iaitu:

1. Bai Bithaman Ajil (BBA)

Bank membeli aset dan menjual semua aset tersebut kepada pelanggan dengan bayaran yang dibuat atas syarat tunai atau pembayaran tertunda melalui ansuran dengan amaun yang dipersetujui bersama.

Ini bermaksud, bank akan membeli sebuah hartanah terlebih dahulu sebelum menawarkan pembiayaan kepada kita. Selepas itu, bank menjual hartanah tersebut kepada kita berdasarkan syarat harga dan tempoh bayaran ansuran yang dipersetujui bersama.

Baca : Apa Itu Ibra’ Dalam Perbankan Islam?

2. Musyarakah

Dalam konsep ini, bank dan pembeli rumah bersama-sama memperoleh dan memiliki sesebuah hartanah tersebut. Kita sebagai peminjam akan membuat bayaran progresif kepada bank sehingga memiliki pemilikan penuh terhadap hartanah tersebut.

Dalam erti kata lain, lebih cepat kita selesaikan pembiayaan, lebih cepat rumah tersebut menjadi milik kita.

3. Ijarah

Ijarah merupakan perkataan Arab yang bermaksud memberi sewa. Dalam konsep ini, bank sebagai pemilik hartanah tersebut menyewakan hartanah kepada pelanggan yang membayar sewa secara ansuran.

Pada hujung kontrak, pelanggan akan diberikan pilihan
untuk membeli hartanah tersebut.

Perbezaan Islamic House Financing Dan Pinjaman Konvensional

Penerima
Pinjaman

Bank konvensional bertindak sebagai pemiutang (orang
yang memberikan pinjaman) dan pelanggan adalah penghutang (orang yang berhutang
kepada bank.)

Menerusi pembiayaan Islamik, terdapat tiga kriteria yang berbeza:

  • Kontrak Jualan: Bank adalah penjual dan pelanggan adalah pembeli.
  • Kontrak Perkongsian: Bank dan pelanggan adalah rakan kongsi.
  • Kontrak Pajakan: Bank berperanan sebagai pemberi pajak, dan pelanggan sebagai pemajak.

Baca : Perbezaan Utama Pinjaman Islamik Dengan Pinjaman Konvensional

Kadar Faedah

Untuk pinjaman konvensional, bank akan mengenakan faedah ke atas duit yang dipinjamkan dan pengiraan faedah adalah berkompaun.

Untuk pembiayaan Islamik pula, keuntungan bank adalah berdasarkan pembiayaan kontrak yang patuh syariah dan keuntungan adalah tidak berkompaun. Pengiraan faedah adalah pengkompaunan dan kesan terakru tidak terbatas.

Modal

Menerusi pinjaman konvensional, wang adalah subjek dalam transaksi. Pembiayaan Islamik pula menakrifkan wang sebagai medium dan aset adalah dasar dalam subjek transaksi.

Penawaran Islamic House Financing bagi setiap bank adalah berbeza kerana produk mereka juga berbeza-beza.

Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan membuat kajian yang mendalam akan kelebihan dan kekurangan setiap produk pembiayaan hartanah yang ditawarkan di bank-bank Islamik.

Baca : 6 Kategori Kontrak Dalam Perbankan Islam

Sungguhpun kadar faedah pinjaman konvensional bersifat berkompaun, kos untuk mengubah terma kewangan dalam Islamic House Financing adalah lebih tinggi berbanding konvensional.

Akan tetapi, sebagai orang Islam kita diwajibkan untuk memilih Islamic House Financing yang patuh syariah, halal dan tiada unsur riba.



Source link