Uncategorized

Beli Rumah di Ekspo Berbaloi Atau Tidak?

Beli Rumah di Ekspo Berbaloi Atau Tidak? 1


Beli Rumah di Ekspo Berbaloi Atau Tidak? 2

Setiap tahun pasti ada sahaja ekspo hartanah yang diadakan bagi menarik pembeli-pembeli untuk membeli rumah daripada pelabur. Adakah ekspo hartanah ini berbaloi seperti mana ekspo jualan lain yang menawarkan diskaun yang tinggi?

Kebiasaannya di ekspo hartanah, hartanah yang dijual adalah kategori rumah baru sama ada sedang dibina atau belum lagi dibina. Pelbagai jenis hartanah seperti apartment, semi-d dan rumah teres dipamerkan di ekspo.

Apakah kelebihan membeli rumah di ekspo?

Terdapat sesetengah pemaju yang menawarkan diskaun sekitar 10%. Contohnya anda tertarik dengan sebuah apartment yang berharga RM300,000, jika anda membuat belian di booth pemaju tersebut, anda akan diberikan diskaun sebanyak RM30,000. Jadi harga rumah anda hanyalah RM270,000.

Selain itu, terdapat juga pemaju yang tidak memberikan diskaun tetapi menawarkan kitchen cabinet percuma, fi guaman ditanggung dan lain-lain lagi.

Beli Rumah di Ekspo Berbaloi Atau Tidak? 3

Kredit : The Star

Di samping itu, anda juga boleh menyemak kelayakan pinjaman di ekspo tersebut kerana bank-bank juga turut membuka booth mereka di sana.

Lebih baik jika anda semak dahulu berapa kelayakan anda sebelum melihat kepada hartanah yang dijual di ekspo. Proses ini mampu menjimatkan masa dan tenaga anda.

Terbaru, sebuah ekspo hartanah akan diadakan hari ini di KLCC bersempena dengan Home Ownership Campaign (HOC). Lebih daripada 20,000 unit rumah ditawarkan oleh 51 pemaju yang menyertai ekspo ini.

HOC merupakan inisiatif daripada kerajaan bagi meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia. Seperti mana yang telah dinyatakan dalam Belanjawan 2019, kerajaan akan memberikan pengecualian duit setem kepada pembeli rumah bagi tempoh Januari –Jun 2019.

Berikut merupakan jadual pengecualian duti setem:

Beli Rumah di Ekspo Berbaloi Atau Tidak? 4

MAPEX

Akhir sekali, jika anda memang berniat untuk mencari rumah pertama dan sudah bersedia untuk membeli, anda dinasihatkan membawa dokumen berkaitan. Apakah dokumen yang perlu dibawa bersama ke ekspo ini?

1. Slip gaji (6 bulan)
2. Penyata KWSP
3. Penyata bank
4. Surat tawaran kerja

Jika anda rasa leceh untuk membawa dokumen ini, anda juga boleh menyimpan soft copy dalam telefon pintar dan emel sahaja kepada pegawai berkaitan apabila diperlukan.

Dapatkan 30% Diskaun PR1MA Kajang Residensi Sekarang !!!

Dapatkan 30% Diskaun PR1MA Kajang Residensi Sekarang !!!

Dapatkan 30% Diskaun PR1MA Kajang Residensi Sekarang !!!


Langgan Info Terkini





Source link