Artikel Terkini

Beli Saham Sebab Breakout, Jual Sebab Nak 10%


Cakaplah apa pun, pasaran saham ini adalah lubuk emas yang ditinggalkan.

Selalu sangat kita dengar yang negatif, hakikatnya kalau buat betul-betul memang lumayan.

Ada orang dia target nak untung 10% dalam masa sebulan, ada yang nak 10% dalam masa seminggu, ada yang nak 10% sehari, tidak kurang juga ada yang nak buat 10% dalam masa sejam.

  • Ada modal RM1,000, dapatlah RM100
  • Ada modal RM10,000, dapatlah RM1,000
  • Ada modal RM100,000, dapatlah RM10,000
  • Ada modal RM1,000,000 dapatlah RM100,000

Bukan tak nak untung lebih 10%, tetapi ini salah satu strategi mendisiplinkan diri dari diganggu emosi. Bila lepas jual saham dan harganya naik lagi, itu rezeki orang lain.

Tetapi sebelum nak melabur atau berdagang saham ni syarat wajib dia kena ada ilmu.

Sebelum nak beli mana-mana saham, kena tahu 4 benda ini:

  • Entry Price (Sebab apa nak beli? Breakout? New high?)
  • Support (Harga sokongan)
  • Stop Loss (Harga wajib jual)
  • Resistance (Harga rintangan)
  • Target Price (Harga sasaran untung)

“Eh, ekonomi dunia tengah tenat kot. COVID19 lagi…Lagipun pasaran saham kita kan jatuh? Aku dengar ramai rugi”

Kenapa ada yang boleh buat untung dikala orang lain rugi? Sebabnya orang sebegini ada MENTOR, ILMU, dan TINDAKAN.

Untuk perkongsian kali ini, kita akan tunjukkan hasil beli sesuatu saham disebabkan breakout. Gambar portfolio adalah ihsan daripada Asri Ahmad Academy. Kalau anda tak tahu apa yang dimaksudkan dengan breakout ni, jemput baca Apa Yang Dimaksudkan Dengan ‘Breakout’ Dalam Saham?

Semoga ianya menjadi inspirasi kepada pembaca.

*Saham-saham yang ditunjukkan di bawah adalah semata-mata bertujuan pendidikan dan tidak memberitahu anda sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Ada yang berjaya dapat 10% dalam masa hanya beberapa hari, ada yang dapat lebih lagilah bersyukur.

“Empayar Rom Tidak Terbina Semalaman”.

Begitulah juga dengan kemahiran dalam menggabungkan Ilmu menganalisa Fundamental, ilmu menganalisa Teknikal, dan ilmu menganalisa sentimen semasa. Hanya dengan latih tubi yang berterusan, yang tak mahir mesti boleh jadi mahir.

Sebab itulah nak buat duit dalam dunia saham ini kena melabur dalam ilmu terlebih dahulu. Kena belajar Analisis Fundamental dan Analisis Technical, kena pandai tengok Chart, kena pandai baca Candlestick dan paling penting belajar daripada kesilapan orang lain.

Kena rajin berguru, kena rajin belajar dan kena rajin beramal dengan ilmu yang kita pelajari. Barulah dapat hasilnya – “Beli sebab Breakout, jual sebab nak 10%“.



Source link