Artikel Terkini

Benjamin Graham, The Intelligent Investor Pun Pernah Rugi Besar


Benjamin Graham memulakan perkongsian pelaburan beliau pada tahun 1923, melalui Graham Corporation. Semasa membina perkongsian pelaburan tersebut, beliau menggunakan kaedah pelaburan yang gelar sebagai arbitrage techniques, iaitu membeli securities pada harga murah dan menjualnya ketika harga terlalu tinggi.

Operasi perkongsian pelaburan tersebut hanya berjalan selama 2 tahun.

Manakala pada tahun 1926, beliau telah menubuhkan satu akaun pelaburan bersama yang dikenali sebagai Benjamin Graham Joint Account. Melalui Struktur pelaburan yang beliau telah tubuhkan, beliau telah menerima 20% daripada hasil keuntungan 20% pada tahun pertama, 30% daripada hasil keuntungan 30% dalam tahun kedua, manakala pada tahun ketiga 50% daripada hasil keuntungan 50%.

Bayangkan sahaja pada tahun pertama iaitu tahun 1926, beliau memperolehi 32% keuntungan kenaikan daripada jumlah asal, sedangkan Dow Jones hanya naik 0.34%.

Kejayaan beliau yang tinggi pada masa itu tersebar dengan pantas. Semua orang mengenali beliau sebagai pelabur yang tersohor ketika itu.

Sehinggakan Bernard Baruch, salah satu legenda pelaburan sepanjang zaman di Wall Street juga pernah mengutarakan pelawaan mengenai minatnya untuk menjadi rakan kongsi Benjamin Graham. Namun, beliau menolak dengan baik pelawaan tersebut.

Beliau rasa tidak perlu rakan kongsi, kerana beliau masih mampu memberikan keuntungan sebanyak $600,000 pada tahun pertamanya.

Ketika beliau memulakan struktur pelaburan tersebut pada tahun 1926, dana pelaburan permulaan adalah sebanyak $450,000. Hasilnya 3 tahun selepas itu, ia telah meningkat menjadi $2.5 juta.

Artikel kali ini, kami ingin berkongsi bagaimana seorang lagenda yang memperkenalkan falsafah pelaburan Margin of Safety, juga boleh ‘tersungkur’.

Ketika berlakunya tragedi The Black Thursday pada tahun 1929, beliau berjaya membuat keuntungan dengan melakukan short terhadap saham.

Sehinggalah tahun 1930 apabila beliau merasakan bahawa pasaran saham sudah sampai kepada posisi Margin of Safety, maka beliau mula membeli saham. Tanpa melengahkan masa, beliau membeli saham-saham dengan penuh tamak sehingga menggunakan leverage, kerana beliau rasa jika beliau mampu menggunakan leverage sebaik mungkin, keuntungannya akan berlipat kali ganda.

Walaubagaimanapun, beliau telah mendapat pengajaran yang betul-betul bermakna pada ketika. Kenaikan awal pada tahun 1930, hanyalah untuk sementara waktu. Dow Jones masih meneruskan kejatuhan yang dahsyat sehinggalah tahun 1932.

Beliau telah kehilangan 50% daripada apa yang beliau miliki sebelum ini, dan di penghujung kejatuhan pasaran saham, beliau kehilangan 70% daripada keseluruhannya.

Sekiranya seorang lagenda pasaran saham yang bijak boleh melakukan kesilapan, bagaimana pula dengan kita?



Source link