Artikel Terkini

Berakhirnya ‘Bull Market’ Di Amerika Syarikat Selama Satu Dekad


Keadaan ekonomi yang tidak menunjukkan tanda positif amat membimbangkan para pelabur. Ekonomi Amerika Syarikat merupakan tunjang dan petunjuk ekonomi dunia sedang berada dalam keadaan tenat sekarang.

Sepanjang satu dekad, keadaan pasaran saham di Wall Street begitu memberangsangkan dengan keadaan ekonomi yang makmur dicatatkan.

Ukuran untuk menentukan keadaan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada tiga indeks utama itu S&P 500, Dow Jones dan juga Nasdaq. Sebelum merebaknya virus yang membahaya ini, ekonomi Amerika Syarikat sudah menunjukan sedikit penurunan tetapi masih lagi dalam keadaan yang terkawal akibat perang perdagangan yang dimulakan di antara Amerika Syarikat dan China.

Secara tahunan, Indeks  S&P 500 Amerika Syarikat berkembang sebanyak 13% jika dikira secara purata sejak Mac 2009 sehingga akhir tahun 2019. Dengan penularan wabak Covid-19 ini, ekonomi negara tersebut telah menjadi begitu lembab dan kemungkinan besar akan mengalami kemelesetan jika penawar untuk virus ini tidak ditemui dengan segera.

Definisi untuk sesebuah pasaran itu dilihat sebagai mengalami kejatuhan yang teruk atau memasuki ‘bear market’ adalah apabila indeks kayu pengukur sesebuah negara telah jatuh  sebanyak 20% dalam sesuatu tempoh yang kebiasaanya mengambil masa dua bulan dan ke atas.

Pada ketika ini, indeks S&P 500 sudah jatuh kepada 19% manakala indesks Dow Jones telah melebihi paras kejatuhan sebanyak 20%.

Ramai pelabur di Wall Street telah panik dan menjual banyak saham mereka pada minggu lepas, disebabkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (World Health Organization) telah mengisytiharkan virus ini sebagai pandemik. Akibatnya mereka telah menjual kebanyakan saham mereka akibat pengistiharan ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. David Kelly , Chief Global Strategist dariJp Morgan, wabak ini telah mengakibatkan kerugian hampir $200 bilion kepada Amerika Syarikat terutamanya di dalam industri pelancongan. Industri percutian mewah yang menggunakan cruise telah membatalkan hampir 50% tempahan tiket akibat kebimbangan yang bakal menimpa pelanggan mereka manakala industri penerbangan pula terpaksa membatalkan 25% tempahan mereka.

Selain daripada itu, industri hiburan seperti konsert artis, pertandingan sukan akan mengalami pengucupan sebanyak 10%. Ini telah mengurangkan keluaran negara kasar Amerika Syarikat sebanyak 4%.

Kerajaan Amerika Syarikat telah bertindak  memotongninterest rate dan kadar cukai pada awal bulan bagi membaiki sistem ekonomi negara itu. Jika keadaan masih tidak pulih, kerajaan Amerika akan sekali lagi memotong interest rate pada minggu hadapan. Jika ini berlaku, ia merupakan kali kedua dalam tempoh satu bulan Federal Reserve di Amerika memotong kadar interest rate.

Sumber Rujukan:



Source link