Artikel Terkini

Berapa Besar Income Perunding Kewangan?


Bagi yang ingin menceburi bidang baru dan bekerja sendiri dengan modal minimum, mesti tertanya-tanya dengan struktur kerjaya perunding kewangan (financial advisor) ini.

Tahukah anda, kerjaya ini mampu memberi pendapatan infiniti jika anda seorang yang bijak mengambil peluang dan menyusun strategi.

Ramai golongan profesional akhirnya memilih kerjaya ini sebagai satu kepuasan kepada diri mereka.

Antara perkhidmatan atau produk yang disediakan:

  1. Unit Amanah (Unit Trust Investment)
  2. ASB Financing
  3. Private Retirement Scheme (PRS)
  4. Takaful
  5. Penulisan wasiat

Kenapa Nak Jadi Perunding Kewangan?

Masa fleksibel, kerja lebih dapat lebih. Pelbagai ganjaran diperolehi seperti duit tunai, barang-barang, bonus, percutian 5 bintang percuma tanpa keluarkan satu sen pun duit sendiri.

Kerjaya ini perlukan seseorang itu bebas dari bankrap, laporan CCRIS dan CTOS yang baik, perlu lulus peperiksaan dan seterusnya memegang lesen sah dari Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan juga Malaysian Takaful Association (MTA) dan ia adalah badan professional yang memantau aktiviti perunding kewangan dari pelbagai syarikat unit amanah dan pengendali takaful.

Sebagai contoh, seorang perunding kewangan yang memegang dua lesen iaitu produk takaful dan produk unit amanah berpotensi mendapatkan pendapatan dari dua syarikat sekiranya rajin dan mengikut apa yang syarikat tetapkan.

Oleh itu, tarikh penerimaan komisyen mereka pula boleh jadi 2 atau 3 kali dalam sebulan.

Pembayaran komisyen bagi takaful adalah selama 6 tahun bagi seorang klien. Komisyen pada bulan pertama agak sedikit. 

Kita buat kira-kira secara kasar:

Bulan pertama komisyen RM200 dengan 4 orang klien.

Bulan kedua sama juga 4 orang klien, RM200 ditambah RM200 bulan lepas dah jadi RM400.

Jika sudah 10 tahun dalam bidang takaful, tidakkah sudah mencapai pendapatan minimum RM20 ribu sebulan? Bagi yang berjawatan unit manager dan ke atas pendapatan ini adalah biasa bagi mereka.

Dan seterusnya ia akan bertambah dengan bertambahnya ahli kumpulan.

Tambahan pula dengan pendapatan dari jualan unit amanah,sebagai contoh jumlah jualan bulan itu adalah RM100K secara tunai, RM3000 mereka punya komisyen.

Kalau RM1 juta atau RM2 juta jualan mereka? Berapa komisyen mereka dapat dalam sebulan?

Boleh kira sendiri darabkan 0.03. Mereka yang buat pelaburan tetap,sebagai contoh RM200 sebulan dan beliau ada 300 klien, jualan bersih secara pasif setiap bulan adalah RM60,000 dan komisyen diperolehi RM1,800 secara pasif. Jualan tahunan sudah ada RM720,000.

Sebab itu ramai perunding kewangan mampu menjana pendapatan yang stabil.

Tidak dinafikan kerja mereka agak mencabar dan teruk pada 3-5 tahun pertama. Jika konsisten, tersenyum sampai ke tua kerana pendapatan dari pelbagai sumber.

Jika anda sudah naik pangkat, anda layak tubuhkan kumpulan bisnes sendiri dan bimbing ahli kumpulan yang sama dan anda dapat overriding lagi. Penjualan ke syarikat korporat turut mendapat trailer setiap bulan.

Jika perunding yang sudah pangkat senior, 7 tahun keatas, mereka mampu memiliki rumah di kawasan ‘high-end’ berharga RM700 ribu ke atas dan berkereta dan memiliki barangan berjenama mewah kerana adanya pendapatan pasif membayarkan komitmen bulanan mereka.

Selagi tidak mencapai pendapatan yang bersesuaian dengan komitmen yang ingin dibuat, selagi itu mereka tidak akan bertukar gaya hidup melainkan seseorang itu mempunyai anak ramai dan pentingnya pendidikan dan hal lain mereka tidak bergaya mewah mungkin akan dilaburkan keatas bisnes lain.

Ada juga plan mewariskan perniagaan ini kepada waris keturunan mereka nanti.

Kerja Keras Hasilnya Lumayan

Ia tidak perlukan seseorang berwajah cantik dan kacak, berbadan kurus tinggi dan lampai, ia perlukan kemahiran komunikasi dan ilmu yang seiring untuk memberi rundingan terbaik kepada pelanggan.

Ia merupakan antara peluang kerjaya bagi lepasan graduan, mahupun lepasan SPM dan anda boleh dijadikan bisnes sendiri.

Satu perkara yang perlu diingatkan, kerjaya ini tidak mudah dan perlukan usaha, pengorbanan masa,tenaga dan strategi yang berterusan. Selain itu perlukan kos sampingan seperti tol, minyak dan duit makan minum.

Jika tidak, 3 bulan pertama tanpa jualan sudah fed-up dan wang dilaburkan tiada hasil mungkin bidang ini tidak sesuai dengan anda.

Semoga berjaya! 

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu



Source link