Uncategorized

Bilionair Arab Yang Pilih Untuk Dermakan Seluruh Hartanya

Bilionair Arab Yang Pilih Untuk Dermakan Seluruh Hartanya 1


Kebanyakan daripada kita pasti mengimpikan untuk hidup dalam keadaan senang-lenang tanpa perlu memikirkan tentang beban kewangan. Sekiranya kita miliki harta yang melimpah-ruah, sanggupkah kita untuk mendermakan keseluruhan harta tersebut dan meneruskan kehidupan dengan sederhana?

Mesti ramai yang tak sanggup bukan? Tetapi berlainan halnya dengan jutawan Arab ini apabila beliau mengambil keputusan untuk mendermakan keseluruhan hartanya!

Berkenalan Dengan Orang Ke-120 Terkaya Dunia

Nama Sulaiman bin Abdul Aziz Al Rajhi mungkin tidak terkenal seperti Al-Waleed bin Talal billionaire Arab Saudi yang juga merupakan kerabat diraja. Tetapi Sheikh Sulaiman ini juga tidak kurang hebatnya. Menurut Forbes, pada tahun 2011, beliau dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak AS$ 7.7 bilion sekaligus menjadikan dirinya sebagai orang ke-120 terkaya dunia!

Apa yang menarik mengenai beliau ini, ialah kerana beliau tidak seperti jutawan Arab lain yang mewarisi kekayaan hasil hubungan kekeluargaan dengan kerabat diraja. Beliau bermula daripada bawah tanpa kemewahan dan juga pelajaran yang tinggi.

Seawal usia 9 tahun, Sheikh Sulaiman telah mula bekerja sebagai pengangkat barang dan juga beg di pasar Al-Khadra yang terletak di Riyadh. Pada usia 12 tahun pula, beliau bekerja sebagai pemungut buah kurma dengan bayaran hanya $6 Riyal sebulan. Ketika itu, beliau hanya tidur di atas lantai tempat kerjanya dengan memakai baju yang sama untuk bekerja!

Bermula Dari Bawah Untuk Berjaya

Sheikh Sulaiman juga pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel di Riyadh. Beliau juga pernah bekerja sebagai seorang pelayan sebelum membuka kedai runcit.

Tetapi pada usia 15 tahun, beliau terpaksa menjual kedai runcit tersebut kerana ingin membiayai kos perkahwinannya. Segala simpanannya juga telah habis digunakan untuk perkahwinan tersebut!

Jadi beliau telah mengambil keputusan untuk bekerja dengan abangnya di sebuah syarikat ‘currency exchange’. Pada tahun 1956, pasangan adik-beradik ini telah membuka cawangan kedua mereka. Tetapi pada tahun 1970, Sheikh Sulaiman mengundurkan diri daripada syarikat tersebut dan membuka syarikat ‘currency exchange’ sendiri.

Ternyata keputusan ini telah mengubah nasibnya apabila lebih 30 buah cawangan berkembang di seluruh Arab Saudi! Daripada situlah, beliau telah mengembangkan empayar perniagaannya di rantau Arab.

Menjadi Pengasas Bank Al-Rajhi

Bilionair Arab Yang Pilih Untuk Dermakan Seluruh Hartanya 2
Beliau pernah menerima anugerah daripada Raja Faisal

Kini, pengasas kepada rangkaian Bank Al-Rajhi, iaitu Bank Islam terbesar di dunia mampu berbangga dengan kejayaan yang telah dicapainya. Pada usia yang menjangkau lebih 80 tahun, beliau masih tetap bekerja.

Beliau telah membuktikan bahawa kejayaan bukan terletak kepada sijil pendidikan semata-mata. Tetapi pengalaman serta usaha yang tidak putus-putus akan membantu kita untuk berjaya. Beliau juga turut mengajar kita untuk sentiasa berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Sumber Rujukan:

Bilionair Arab Yang Pilih Untuk Dermakan Seluruh Hartanya 3

Komen

komen





Source link