Berita

1.4 juta PKS dapat manfaat

1.4 juta PKS dapat manfaat 1

1.4 juta PKS dapat manfaat 2

Kuala Lumpur: Bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan dan memudahkan operasi perniagaan serta peluang untuk berkembang, pelbagai agensi kerajaan akan terus memberikan kemudahan dari segi pinjaman mudah dan geran termasuk menerusi Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Bank Negara Malaysia (BNM), Tekun Nasional, Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), SME Bank, EXIM Bank, Agrobank, SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) antaranya akan terus membantu PKS tempatan.

“Kerajaan berharap semua sokongan yang diberikan ini akan membolehkan mereka berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang, berserta penerapan teknologi dan sistem operasi yang moden dan sesuai dalam norma baharu ini,” katanya dalam kenyataan mengenai Laporan Laksana Ke-32 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), semalam.

Tengku Zafrul berkata, kira-kira 1.4 juta PKS dan PKS mikro sudah memanfaatkan bantuan langsung berjumlah lebih RM24 bilion di bawah pakej rangsangan yang diperkenalkan kerajaan.

Malah, katanya, ada antara usahawan terbabit yang menerima lebih daripada satu manfaat atau bantuan kerajaan, bergantung kepada kelayakan.

“Antara manfaat dan bantuan termasuk Dana Pinjaman Mudah PKS di bawah kendalian BNM berjumlah RM11.13 bilion untuk 23,700 PKS; Program Subsidi Upah berjumlah RM9.89 bilion yang membantu hampir 300,000 PKS serta PKS Mikro dan 1.85 juta pekerja tidak termasuk syarikat pertengahan atau besar.

“Selain itu, Geran Khas Prihatin 1.0 dan 2.0 berjumlah RM2.55 bilion dimanfaatkan 850,000 PKS mikro setakat ini.

“Inisiatif e-dagang Penjana di bawah MDEC termasuk Shop Malaysia Online dan Micro and SMEs E-Commerce Campaign yang sudah membantu lebih 21,000 usahawan PKS dan PKS mikro menjana jualan lebih RM1.2 bilion daripada suntikan RM140 juta,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, jumlah manfaat dan bantuan disalurkan kepada PKS dan PKS mikro belum lagi mengambil kira moratorium, diskaun elektrik, diskaun premis perniagaan, pelepasan atau pengecualian cukai dan sebagainya yang disediakan bagi menyokong mengurangkan bebanan kos operasi dan membantu menambah aliran tunai.

Menurutnya, setakat September tahun ini, sebanyak 85,901 perniagaan baharu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), berbanding 76,443 syarikat bagi keseluruhan tahun 2019.

1.4 juta PKS dapat manfaat 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo