Artikel Terkini

10 maut dalam ‘tsunami’ banjir kilat di Itali

10 maut dalam ‘tsunami’ banjir kilat di Itali
10 maut dalam ‘tsunami’ banjir kilat di Itali 1

MILAN – Sekurang-kurangnya 10 orang dipercayai terkorban  apabila ‘tsunami’ banjir kilat melanda wilayah tengah Itali susulan hujan lebat  sejak malam Khamis lalu, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan termasuk wilayah Marche dekat Laut Adriatik. Pegawai-pegawai berkata,  sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam bencana itu.

Perkhidmatan  bomba dan penyelamat kecemasan Itali berkata, sebilangan mangsa turut dilaporkan hilang selepas hujan lebat berlaku di beberapa bahagian di negara itu malam Khamis lalu.

“Ia bukan bom air, ia adalah tsunami,” kata Datuk Bandar Barbara, Riccardo Pasqualini dari wilayah Marche.

Agensi kecemasan berkata, pihaknya menyelamatkan sejumlah penduduk lewat Khamis lalu dan awal kelmarin, termasuk sebilangan individu dari atas bumbung bangunan  dan beberapa mangsa yang berlindung di atas pokok.

Anggota-anggota  bomba turut mengerahkan beberapa buah bot penyelamat untuk menyelamatkan penduduk yang terkandas dan di zon banjir seperti Lombardy, Emilia-Romagna dan Abruzzo.

Pegawai perlindungan awam Itali, Stefano Aguzzi memberitahu,  jumlah hujan yang turun ternyata lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Kerosakan banjir paling teruk dilaporkan di bandar pelabuhan Adriatik, Ancona.

“Tiada siapa menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku,” kata Aguzzi. – Agensi


10 maut dalam ‘tsunami’ banjir kilat di Itali 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list