Infotainment

10,000 Botol Dalam Masa Sejam, Sambal Khairulaming ‘Sold Out’ Diborong Peminat

10,000 Botol Dalam Masa Sejam, Sambal Khairulaming 'Sold Out' Diborong Peminat 1

10,000 Botol Dalam Masa Sejam, Sambal Khairulaming 'Sold Out' Diborong Peminat 2

Sebut sahaja nama Khairulaming pasti hampir semua orang akan mengenalinya. Jika tidak mengenali wajahnya sekali pun, pasti ada yang akan mengingati dan pernah menonton video-video masakan beliau yang sentiasa dikongsikan di media sosial sebelum ini.

Kini selepas beberapa tahun menjadi rujukan penonton dan peminat-peminat masakannya, beliau pada hari ini tampil dengan produk pertama yang dikeluarkannya sendiri iaitu Sambal Nyet.

Bagaimanapun, kali ini bukanlah proses memasak sambal atau resipi sambal itu sendiri yang menjadi tumpuan tetapi ianya jumlah sambal yang terjual pada hari pertama ia dilancarkan.

Menerusi satu perkongsian di akaun Twitternya beberapa jam yang lalu, beliau mengumumkan sebanyak 10,000 ribu sambal telah habis terjual dalam masa 54 minit.

Ya, 10,000 botol sambal dalam masa di bawah sejam habis terjual.

Netizen ucap tahniah

Kembali kepada kejayaannya menghabiskan stok sambal keluarannya kali ini, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaannya dalam sejam pertama tadi.

Menurut mereka, kejayaan berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai dan ianya adalah hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan beliau sebelum ini dalam menghasilkan resipi dan berkongsi bersama penonton.

Sambal berkenaan difahamkan mula dijual di laman e-dagang Shopee bermula jam 12.30 tengahari tadi dengan harga RM13.90 sebotol dan stok yang tersedia untuk kali ini adalah sebanyak 10,000 botol.

Jika anda merupakan salah seorang yang terlepas untuk mendapatkan sambal berkenaan, anda tidak berkeseorangan kerana kami juga tidak berjaya mendapatkannya kali ini.

Bagaimanapun, melalui semakan melalui pautan yang diberikan di akaun Twitter-nya, sambal berkenaan kini difahamkan mula dibuka untuk pra-tempah dan akan dihantar dalam masa tujuh hari.

Baca kembali perkongsian kami sebelum ini mengenai surprise yang dibuat Khairulaming kepada pasangan suami isteri yang mengidam untuk merasa masakannya sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Dilakukan Selepas Isteri Mengidam Masakan Khairulaming

‘Masa Tanya Semua Boleh’- Gadis Kecewa Kek Diterima Tidak Sama Seperti Yang Dipesan

Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur




10,000 Botol Dalam Masa Sejam, Sambal Khairulaming 'Sold Out' Diborong Peminat 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo