Berita

109 pengunjung, pengurus pusat hiburan dikompaun RM1.13 juta

109 pengunjung, pengurus pusat hiburan dikompaun RM1.13 juta 2

Johor Bahru: Seramai 109 pengunjung termasuk pengurus pusat hiburan di Muar dikompaun RM1.13 juta semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP), sekali gus nilai terbesar direkodkan sejak kompaun RM10,000 dikuatkuasakan pada 11 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua individu itu dikompaun RM10,000 setiap seorang kerana ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi serbuan yang dijalankan kira-kira jam 10.45 malam itu.

Katanya, operasi bersepadu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

“Individu warga tempatan berusia 17 hingga 52 tahun yang sedang berhibur di dalam premis itu membabitkan 81 lelaki dan 28 wanita.

“Semakan rekod mendapati pusat hiburan itu sudah dua kali diserbu iaitu pada 26 Februari dan 10 Mac lalu serta dikompaun dan pembatalan lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagaimanapun, premis berkenaan masih menjalankan perniagaan walaupun tidak boleh beroperasi serta tidak mempunyai sebarang lesen hiburan.

“Polis turut menahan seorang lelaki yang juga pengurus premis berkenaan berusia 52 tahun kerana didapati melanggar SOP ditetapkan, selain kompaun dikeluarkan sebanyak RM50,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, hasil saringan awal air kencing mendapati kesemua individu negatif dadah, selain kesemua tangkapan tidak direman melainkan penjaga dan pekerja premis hiburan diambil keterangan.

Katanya, turut dirampas, dua pembesar suara, dua alat kawalan muzik (amplifier), selain masing-masing sebuah pemain DVD, ‘equalizer’ dan unit pemprosesan komputer (CPU).

“Sepanjang tempoh sejak 20 Mei tahun lalu hingga 12 Januari lalu, sebanyak 49 serbuan dengan 1,498 kompaun dikenakan terhadap pelanggaran SOP membabitkan pusat hiburan.

“Manakala, bagi tempoh 13 Januari lalu hingga semalam, sebanyak 21 serbuan dengan 600 kompaun dikenakan terhadap pelanggaran SOP membabitkan pusat hiburan.

“Polis menegaskan kepada orang ramai supaya mematuhi penjarakan sosial di tempat awam dalam tempoh PKP, selain tindakan tegas akan diambil bagi yang ingkar,” katanya.


109 pengunjung, pengurus pusat hiburan dikompaun RM1.13 juta 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo