Infotainment

15 Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19

15 Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19
15 Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19 1

Pelakon dan penyanyi, Beego berkongsikan khabar duka dimana 15 ahli keluarganya di Johor Bahru dijangkiti virus Covid-19.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Beego berkata ada salah seorang ahli keluarga yang sudah lengkap dua dos vaksin juga turut dijangkiti.

BACA: Linda Hashim, Beego Selamat Timang Anak Kedua

“15 orang ahli keluarga saya sendiri di Johor Bahru disahkan positif. Yang dah lengkap dos pun positif. Memang sesuatu yang tidak terjangka oleh saya.

“Covid-19 memang betul tapi apapun, virus ini tetap akan tunduk dengan rahmat Allah SWT. Yang pergi selamanya kerana virus itu juga dalam rahmat-Nya,” tulisnya.

Kata Beego lagi, jika benar virus Covid-19 adalah ciptaan untuk mengurangkan menusia, mereka yang telah terkorban akan mendapat ganjaran syurga.

“Kalau iyapun virus ini adalah biological weapon for human thinning, ingatlah sentiasa, matinya seorang itu sekiranya dibunuh oleh agenda atau apapun.. sebagai seorang Islam syurgalah tempat kamu.

“Mati kerana wabak, syurga juga buat kamu. Saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan takziah kepada semua kenalan saya yang kehilangan orang tersayang,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Beego turut memuat naik video memaparkan kenderaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kediaman keluarganya untuk dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.


15 Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo