Infotainment

15 Tahun Ditahan Di Teluk Guantanamo, Dua Rakyat Malaysia Akan Dibicara Esok

15 Tahun Ditahan Di Teluk Guantanamo, Dua Rakyat Malaysia Akan Dibicara Esok
15 Tahun Ditahan Di Teluk Guantanamo, Dua Rakyat Malaysia Akan Dibicara Esok 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Dua orang rakyat Malaysia yang dituduh berhubung insiden pengeboman mati di Bali, Indonesia, 19 tahun lalu bakal dihadapkan di Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo, Cuba, pada esok Isnin.

Menurut laporan Harian Metro, Pejabat Suruhanjaya Tentera AS menyatakan tiga suspek sepatutnya dihadapkan ke mahkamah itu pada Februari lalu, namun perbicaraan terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19. Kedua-dua suspek sebelum ini ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo sejak 2006 bersama seorang lagi rakyat Indonesia.

Kertas pertuduhan yang dimuat naik pejabat berkenaan menunjukkan kedua-dua suspek, Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin bakal berdepan dengan sembilan tuduhan, manakala suspek dari Indonesia pula berdepan lapan pertuduhan berkaitan dengan serangan pengganas Bali pada 2002 serta di Jakarta (pada 2003).

Pihak berkuasa dilaporkan berkata, pertuduhan itu tidak membawa kepada hukuman mati.

Suspek didakwa terbabit dalam serangan bom di Bali pada November 2002 yang mengakibatkan 202 orang maut dan serangan di Hotel JW Marriott, Jakarta pada Ogos 2003 yang membunuh 12 orang.

Pada 2003, ketiga-tiga suspek ditahan di Thailand dan dihantar ke rangkaian penjara rahsia Agensi Risikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo, pada September 2006.

Dalam masa yang sama, kedua-dua suspek dari Malaysia tersebut itu juga dipercayai mempunyai kaitan dalam perancangan Al-Qaeda untuk merempuh Menara Bank Amerika Syarikat setinggi 73 tingkat yang turut dikenali sebagai Menara Perpustakaan di Los Angeles dengan pesawat yang dirampas.

Seorang ketua Yakuza beri amaran kepada hakim mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Anda Akan Menyesal’ – Dihukum Mati, Ketua Yakuza Beri Amaran Kepada Hakim Mahkamah

‘Joe Ferrari’ Serah Diri Setelah Video Seksa Suspek Dadah Sampai Mati Tular

Berang Dimaki Penyokong, Pengadil Bola Sepak Keluarkan Pistol


15 Tahun Ditahan Di Teluk Guantanamo, Dua Rakyat Malaysia Akan Dibicara Esok 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo