Pasir Gudang: Sebanyak dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) swasta di Johor dijangka beroperasi awal Mac ini, bagi menempatkan pesakit Covid-19 bukan warganegara.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, berkata sehingga kini, ia masih di peringkat awal bagi mendapatkan kelulusan proses permohonan membabitkan dua lokasi iaitu di Iskandar Puteri dan Kota Tinggi.
“Ini PKRC swasta yang pertama seumpamanya di Johor. Hotel di Iskandar Puteri, boleh menempatkan kira-kira 250 pesakit Covid-19, manakala sebuah lagi iaitu asrama pekerja di Kota Tinggi, boleh menempatkan lebih ramai daripada itu.
“Ada peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi untuk penempatan pekerja asing selain pendatang asing tanpa izin (PATI) mungkin boleh letak di PKRC jika bersesuaian dan kos akan ditanggung oleh majikan atau pesakit sendiri.
“Kita tahu industri juga menambah baik tempat penginapan mereka dengan menyediakan lebih banyak ruang. Dahulu, satu bilik terlalu padat. Apabila ada pemantauan, maka ada industri memberi kerjasama sediakan ruang sesuai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di PKRC Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan, Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu dan Datuk Bandar Pasir Gudang Asman Shah Abdul Rahman.
Sementara itu, Hasni berkata, kerajaan negeri belum memuktamadkan jumlah penerima vaksin termasuk petugas barisan hadapan bagi fasa pertama.
Katanya, sehingga kini, seramai 18,000 petugas KKM akan menerima suntikan vaksin, manakala pihaknya masih lagi menerima maklum balas senarai penerima bagi kategori agensi lain.
“Bagi tempat vaksinasi, ia bergantung kepada daerah. Ada yang menggunakan klinik, pusat kesihatan mahupun dewan dan ia akan dibincangkan bersama dengan pegawai kesihatan daerah dan pegawai daerah di pusat pengurusan bencana daerah,” katanya.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo