Berita

2,176 kes Covid-19 baharu, 4,521 kes sembuh, 10 kematian

2,176 kes Covid-19 baharu, 4,521 kes sembuh, 10 kematian 2

Kuala Lumpur: Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan penurunan hari ini dengan merekodkan 2,176 kes baharu serta merekodkan kes sembuh yang tinggi sebanyak 4,521 kes.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 266,445 kes, manakala jumlah kumulatif sembuh membabitkan 218,335 kes.

Mengulas perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 2,176 kes baharu direkodkan hari ini, hanya satu kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara, manakala bakinya penularan tempatan dengan 1,618 kes membabitkan warganegara dan 557 lagi bukan warganegara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 47,135 kes. Seramai 260 pesakit Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 112 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan merekodkan 10 kematian baharu hari ini dengan semua membabitkan warganegara, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 bertambah kepada 975 kes atau 0.37 peratus daripada keseluruhan kes dicatatkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • 2,176 kes Covid-19 baharu, 4,521 kes sembuh, 10 kematian 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo