Artikel Terkini

3 ditahan terbalikkan Myvi di Masai

3 ditahan terbalikkan Myvi di Masai
3 ditahan terbalikkan Myvi di Masai 1

JOHOR BAHRU – Polis telah menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan insiden menterbalikkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dilaporkan berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai bermula pukul 10.45 pagi, hari ini.

Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 24 tahun.

“Polis maklum sebuah video tular berdurasi 38 saat yang menunjukkan berlakunya kekecohan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai berpunca daripada kemalangan antara sebuah kereta dan seorang penghantar makanan.

“Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil.

“Buat waktu ini, polis masih menyiasat apakah punca orang ramai bertindak merusuh dan menterbalikkan kereta yang dipandu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, ketiga-tiga suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Buat waktu ini, polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan berkenaan.

“Sehubungan itu, kami menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri dan sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE


3 ditahan terbalikkan Myvi di Masai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo