Berita

3 kenderaan dihempap pokok tumbang

3 kenderaan dihempap pokok tumbang 2

Petaling Jaya: Hujan lebat berserta angin kuat menyebabkan sebatang pokok di Jalan Medan 23, Taman Medan, di sini, tumbang dan menghempap tiga kenderaan, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 7.44 malam.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebatang pokok tumbang menghempap tiga kenderaan iaitu dua kereta Perodua Myvi dan Mazda 5 yang diletakkan di sebuah garaj di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini.

3 kenderaan dihempap pokok tumbang 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo