Berita

3 nelayan Rohingya ditahan APMM

3 nelayan Rohingya ditahan APMM 2

Georgetown: Tiga nelayan warga Rohingya ditahan bersama sebuah bot nelayan tempatan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pualau Pinang di kedudukan 7.3 batu nautika tenggara Pulau Rimau, dekat sini, semalam

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mereka yang juga etnik Rohingya berusia 24 hingga 33 tahun itu ditahan pada 6.30 petang kerana melanggar syarat sah dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel.

“Pemeriksaan kami mendapati bot nelayan milik warga tempatan dengan nombor pendaftaran yang sah itu dikendalikan tiga kru warga asing termasuk tekongnya yang kesemua mereka memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang sah.

“Namun mereka tidak memiliki sebarang kebenaran melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia. Mereka akan menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

3 nelayan Rohingya ditahan APMM 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo