Artikel Terkini

30 Ahli Parlimen BN diminta menghadap Agong esok

30 Ahli Parlimen BN diminta menghadap Agong esok
30 Ahli Parlimen BN diminta menghadap Agong esok 1

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN) menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara esok.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi menghadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi esok.

Jelas beliau, proses itu adalah bertujuan supaya Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 43[2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 43[2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air yang tercinta.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE


30 Ahli Parlimen BN diminta menghadap Agong esok 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo