Berita

33 kawasan perindustrian | Harian Metro

33 kawasan perindustrian | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: TM One berjaya melaksanakan perkhidmatan akses jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di 33 kawasan perindustrian di wilayah utara, selatan dan timur serta Sabah dan Sarawak, pada bulan lalu.

Pelaksanaan itu menyusul selepas perjanjian menandatangani Surat Setuju Terima (LOA) pada Julai 2020 bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) sebagai agensi pelaksana dana Industry4WRD.

Ia untuk pemasangan infrastruktur rangkaian internet berkelajuan tinggi baharu serta meningkatkan dan menjamin kesalinghubungan data, mempercepat penerimaan Industry4WRD dalam kalangan pemain industri dan perniagaan.

Pelaksanaan terbabit berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asalnya (Jun 2021) dan difokuskan kepada menangani dan menyelesaikan kesesakan sambungan utama secara sistematik di lokasi utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Mida, Datuk Azman Mahmud berkata, interaksi dan kerjasama proaktif bersama Telekom Malaysia (TM) melalui TM One membuktikan komitmen bersama untuk memastikan sambungan pelaksanaan Industry4WRD yang lancar dan stabil oleh pelabur.

“Komitmen HSBB ini penting untuk memajukan tahap keserasian digital dalam memperkukuhkan ekonomi Malaysia di waktu pandemik dan seterusnya.

“Betapa pentingnya sambungan internet berkelajuan tinggi bagi mendukung penerimaan IR4.0 oleh perniagaan di Malaysia mendorong Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) mengusulkan agar Mida memperoleh dana khusus di bawah agenda Industry4WRD ke arah pelaksanaan HSBB di kawasan industri yang dikenal pasti di seluruh Malaysia.

“Kerajaan sudah membuat peruntukan itu di bawah Dana Pembangunan kepada Mida berjumlah RM19 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan, TM One, Mohd Roslan Mohd Rashidi berkata, kerjasama dengan Mida membolehkan pihaknya meningkatkan momentum ke arah memberikan akses HSBB yang efisien, meluas dan mampu milik di seluruh negara.

“Di tengah pandemik ini, industri dan perniagaan harus memanfaatkan dan mengikuti tren transformasi digital terkini supaya tetap relevan di era digital ini.

“Mereka kini bergantung kepada sambungan Internet dan teknologi terkini untuk menjadi lebih produktif, cekap dan berdaya saing membolehkan tahap automasi lebih tinggi dan pandangan yang lebih luas melalui analisis data raya,” katanya.

33 kawasan perindustrian | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo